Ekonomi UK rugi lebih RM8 billion bulan lalu akibat gelombang haba
Ekonomi UK rugi lebih RM8 billion bulan lalu akibat gelombang haba

LONDON – Gelombang haba yang melanda United Kingdom (UK) Jun lalu menyebabkan negara berkenaan kehilangan waktu kerja kira-kira 24 juta jam, dengan kerugian ekonomi mencecah £1.15 bilion (RM8.2 bilion), demikian menurut anggaran Sekolah Ekonomi London (LSE) hari ini.
UK, Perancis dan negara Eropah lain menyaksikan gelombang haba luar biasa Jun lalu yang mengganggu sistem pengangkutan, sekolah dan hospital serta menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan orang ramai.
“Mereka yang bekerja dalam sektor terdedah kepada haba dan memerlukan tenaga fizikal seperti pembinaan dan pertanian perlu mengurangkan waktu kerja berbanding pekerja sektor lain seperti ahli akademik dan pekerja pejabat,” demikian menurut kajian itu.
Secara purata, pengurangan jam bekerja yang dilaporkan sepanjang minggu sehingga 22 Jun lalu ialah 0.47 jam.
Kajian itu menunjukkan bahawa 1.25 juta pekerja dalam populasi UK tidak bekerja langsung pada minggu itu disebabkan oleh gelombang haba. – AFP
Ekonomi UK rugi lebih RM8 billion bulan lalu akibat gelombang haba
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cukup-cukuplah Fitnah Tabung Haji’ – Mohd Razlan
- Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf
You must be logged in to post a comment.