BN tekad kembalikan ‘Malaysia Asal’, tolak ‘Malaysia Baru’ acuan PH

BN akan mengembalikan “Malaysia asal” bagi menggantikan retorik “Malaysia baru” Pakatan Harapan (PH) yang ternyata gagal kata, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasar Konvensyen BN petang ini, Ahmad Zahid berkata PH ghairah menawarkan “Malaysia baru” namun dalam masa sama merungkaikan asas toleransi pelbagai kaum dan cubaan merobek sifat keindukan Bumiputera Melayu Islam dalam kemajmukan.

“Pendekatan ‘Malaysia baru’ untuk mewujudkan kesamarataan menggantikan prinsip kesaksamaan yang digagaskan BN telah melebarkan lagi jurang hingga mencetuskan kegusaran dan menajamkan prejudis hingga menggugat keharmonian.



“Dan formula Malaysia baru yang kononnya mahu diterjemahkan melalui tadbir urus yang baik dan sifat ketelusan hanyalah indah khabar dari rupa. Kuasa yang dimandatkan rakyat dieksploitasi sepenuhnya untuk membunuh seteru politik, bahkan cubaan memadamkan segala legasinya termasuklah memanipulasikan institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang.

“Sehubungan itu, apa yang kita lalui selama hampir empat tahun ini, meyakinkan kita bahawa hanya acuan BN sahaja yang mampu mencipta kestabilan. Kita harus kembalikan ‘Malaysia asal’ bukan retorik ‘Malaysia baru’ yang ternyata gagal,” katanya ketika berucap.

Malaysia baru adalah slogan yang digunakan PH bagi membina semula negara yang didakwa telah dirosakkan oleh BN sebelum ini.

Malaysia baru memberi gambaran kepada tadbir urus negara yang lebih di bawah PH.



Dalam ucapannya Ahmad Zahid mengemukakan saranan untuk mewajahkan semula BN tanpa sesekali memudarkan formula asannya yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu dia mengemukakan lima langkah bagi membina anjakan paradigma bagi memenuhi aspirasi rakyat.

“Bergerak ke hadapan dalam usaha mengembalikan Malaysia yang asal, BN perlu melakukan anjakan paradigma dengan proses pengislahan dalaman dan membuat tawaran yang dapat meneruskan keterujaan rakyat untuk kembali memberikan sokongan.

“Menjadi kerajaan bukan bermakna menjadikan institusi negara sebagai perkakasan. Sebaliknya menjadi kerajaan adalah seperti mana BN bergerak ke hadapan, membangunkan kapasiti negara, memakmurkan ekonomi untuk agihan tanpa mengira kaum, mewujudkan peluang untuk anak-anak Malaysia melebarkan usaha, membina upaya anak-anak muda agar mereka lebih berdaya saing,” katanya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker