Rakyat wajib hukum PN dan Abahkau – Bossku

Rakyat perlu menghukum Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana “dosa besarnya” kepada negara apabila menggunakan alasan Covid-19 bagi menyelamatkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang tiada majoriti ketika itu.

Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa ada menteri ketika itu mengaku alasan Covid-19 digunakan kerajaan PN bagi mengelak undi tidak percaya di parlimen.

“Mereka mesti hukum PN juga sebab tipu nak lawan Covid-19 kena gantung parlimen. Padahal dia kecut perut nak berdepan dengan parlimen tiada majoriti. Itu sebenarnya.

“Ini bukan saya cakap. Ini saya tanya sendiri menteri dalam itu, dia mengaku, saya tak nak sebut nama dia, dia mengaku depan saya tujuan dia ialah untuk selamatkan kerajaan dari undi di parlimen, bukan nak lawan Covid.

“Maknanya mereka dah tipu pada rakyat, tipu pada Yang di-Pertuan Agong,” dakwa Najib ketika berucap pada Konvensyen BN di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Okt 2020, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat di negara ini akibat Covid-19

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Muhyiddin pada 16 Ogos 2021 mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri Malaysia kelapan selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dia menegaskan keputusan itu dibuat selepas cadangan kerjasama bipartisan juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Dalam pada itu, Najib berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang dalam sejarah negara menyaksikan rakyat cukup terkesan sehingga mencatatkan jumlah kes bunuh diri yang tinggi.

“PKP yang paling panjang dalam sejarah Malaysia, sampai ribuan orang hilang kerja, peniaga gulung tikar, bunuh diri yang paling tinggi dalam sejarah kita.

“Ini semua dosa besar kepada rakyat Malaysia kerana kegagalan menguruskan Covid dan menipu rakyat. Ini sebab kita perlu tolak PN dalam PRU,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker