Zahid harap peruntukan sewajarnya untuk KKDW

Zahid harap peruntukan sewajarnya untuk KKDW

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diterajuinya mendapat peruntukan sewajarnya dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan esok.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan itu penting bagi membolehkan KKDW melaksanakan pelbagai inisiatif meningkatkan infrastruktur dan peluang keusahawanan.



“Kita bukan sahaja fokus (tambah baik) infrastruktur luar bandar, malah menyokong usaha kerajaan mencipta peluang untuk golongan muda dan generasi usahawan baharu. Kami juga menyediakan peluang perniagaan di luar bandar dan melaksanakan program tekno-usahawan berasaskan teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Usaha Sama Antara Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) KKDW Bersama Rakan Industri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang serta Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya terdapat pemotongan peruntukan KKDW dalam bajet terbabit, beliau berharap ia tidak membabitkan jumlah yang besar.



“Kami mempunyai empat sektor yang sedang dirancang dan saya berharap tidak berlaku pengurangan (peruntukan) yang ketara.

“Seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, kementerian saya akan diberi keutamaan bagi membolehkan kami melaksanakan pelbagai program bagi membangunkan agenda luar bandar,” katanya. BH

Zahid harap peruntukan sewajarnya untuk KKDW

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’



Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker