PKR, BN bertemu bincang PRN di Terengganu, Kelantan

PKR, BN bertemu bincang PRN di Terengganu, Kelantan

PKR sudah mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) di Terengganu dan Kelantan bagi membincangkan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata rundingan agihan kerusi antara kedua-dua pihak sedang berlangsung.



Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR di Kelantan dan Terengganu, berkata pertemuan secara tidak rasmi sudah diadakan bersama dengan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mengetuai gerak kerja BN di Kelantan bagi tujuan itu.

“Ia sedang berlangsung (agihan kerusi)… kita ada sekretariat dibentuk membabitkan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan rundingan itu berlaku.

“Kita (Pakatan Harapan (PH) dan BN) tiba-tiba berkahwin di mana tidak kenal sebelum ini, maka ada prosesnya biar kita selesa bagi kenal hati budi untuk pergi ke peringkat seterusnya,” katanya kepada BH, di sini.

Semalam, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan antara enam Menteri Besar serta Ketua Menteri di ibu negara hari ini.

Enam negeri itu ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dipimpin PAS, selain Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang ditadbir PH.

Pada masa sama, Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, berkata PKR tidak boleh awal-awal berputus asa untuk membina kekuatan di Kelantan dan Terengganu yang mana prosesnya perlu bermula hari ini.

“Kalau putus asa awal dengan fikir tak payahlah (bina kekuatan di Kelantan dan Terengganu) fokus Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sahaja, ia tidak akan menjadi asas untuk bangkit.



“Di Kedah misalnya, ada suatu ketika PKR mempunyai lebih banyak kerusi (Parlimen) daripada PAS,” katanya.

Ketika ditanya sama ada gabungan PH dan BN di peringkat Persekutuan memberikan kelebihan buat Perikatan Nasional (PN) pada PRN ini, Nik Nazmi yakin perkara itu tidak berlaku.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan, pihaknya yakin kekuatan dari kedua-dua penyokong sama ada dari PH dan BN akan dapat digarap seperti mana yang pernah dijayakan melalui kerjasama dengan BERSATU, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). BH

PKR, BN bertemu bincang PRN di Terengganu, Kelantan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker