Firma Zaid nafi jadi peguam Najib untuk dapatkan penangguhan

Firma Zaid nafi jadi peguam Najib untuk dapatkan penangguhan

Firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners mempertikaikan dakwaan bahawa pelantikan mereka sebagai peguamcara dalam perbicaraan SRC International bekas perdana menteri Najib Razak bertujuan semata-mata untuk mendapatkan penangguhan.

Menurut mereka, kenyataan pendakwa raya V Sithambaram semalam itu adalah tanpa asas dan bukti.



“Kenyataan yang tidak betul ini amat dikesali. Ia adalah tidak wajar dan melemparkan fitnah yang tidak adil kepada kami sebagai peguambela peguamcara serta pegawai-pegawai mahkamah.

“Lebih-lebih lagi, kami tidak pernah ditanya oleh pendakwa raya tersebut apakah pendirian sebenar, sebelum beliau membuat kenyataan yang sedemikian dan melemparkan fitnah terhadap rakan pegawai-pegawai mahkamahnya,” kata Zaid bersama dan rakan peguamnya, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam dalam satu kenyataan, hari ini.

Sithambaram semalam berkata peguam yang tidak diberi penangguhan rayuan tidak dibenarkan menggunakan kaedah pintu belakang untuk menangguhkan rayuan dengan strategi taktikal untuk melepaskan dirinya.

Dia seterusnya berhujah bahawa tindakan melucutkan Tetuan Shafee & Co daripada mewakili pemohon adalah satu langkah strategik oleh Najib untuk menangguhkan rayuan tersebut.



Menurut mereka, bahawa mereka dilantik sebagai peguamcara dalam perkara itu, selepas Najib atas kerelaan sendiri melantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama bagi menggantikan Muhammad Shafee Abdullah.

“Hisyam tidak mengambil arahan daripada kami dan tidak dikekalkan (retained) oleh kami. Apabila kami menyertai prosiding itu, notis usul untuk mengemukakan bukti baru telah pun difailkan.

“Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan Hisyam untuk menangani permohonan mengemukakan bukti baharu tersebut.

“Apabila sesi pendengaran tersebut bermula, Hisyam telah membuat hujahan bagi permohonan untuk mengemukakan bukti baharu. Mahkamah mengambil masa untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.



“Keesokan hari pada 16 Ogos 2022, mahkamah, setelah mempertimbangkan hujahan-hujahan, mahkamah menolak usul untuk mengemukakan bukti baharu,” kata mereka.

Mereka menegaskan bahawa Hisyam kemudian meminta penangguhan selama tiga hingga empat bulan untuk pendengaran rayuan substantif, yang juga ditolak, manakala penangguhan yang sangat singkat selama dua hari telah diberikan.

“Semasa pendengaran untuk rayuan substantif berlangsung pada 18 Ogos 2022, Hisyam sekali lagi memohon satu penangguhan.

“Apabila ini tidak dibenarkan, dia memohon untuk dilepaskan daripada terus berindak sebagai peguam. Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam tersebut.



“Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan tidak pernah mengarahkan atau bertanya kepada Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat atau Rueben Mathiavaranam sama ada mereka akan membuat hujahan menggantikan Hisyam. Hal ini kerana pada setiap masa material, kami merupakan peguam cara atas rekod,” kata mereka.

Ketiga-tiga mereka menambah bahawa pada 19 Ogos 2022, Najib melepaskan firma mereka sebagai peguam cara dan penglibatan mereka dalam perbicaraan itu berakhir.

“Berlandaskan konteks fakta di atas, ulasan yang dikaitkan kepada kami bahawa kami menerima pelantikan sebagai peguam cara semata-mata untuk mendapatkan penangguhan adalah tidak betul dari segi fakta,” kata mereka. HM

Firma Zaid nafi jadi peguam Najib untuk dapatkan penangguhan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker