Pengikut DJ Lin makin bertambah

Pengikut DJ Lin makin bertambah

Penyampai radio, DJ Lin mengaku hampa apabila gagal mempertahankan trofi Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Julai lalu.

DJ Lin atau nama sebenar, Roslinda Abdul Majid, 48, berkata kelab peminatnya sudah melakukan yang terbaik, namun, rezeki tidak berpihak kepadanya pada malam itu.



“Bagi saya, untuk ABPBH 35, kelab peminat bersama penyokong di seluruh Malaysia termasuk di luar negara buat yang terbaik. Mereka melaksanakan tugas dengan baik untuk mengundi saya tanpa henti.

“Mereka kemas kini dan kongsi jumlah undian harian, semuanya saya saksikan sendiri. Apabila pada malam itu jawapannya tidak berpihak kepada saya, sejujurnya saya tidak nafikan rasa hampa mewakili peminat.

“Apa yang mereka inginkan tidak tercapai. Tetapi saya cuba tenangkan mereka bahawa kita percaya kepada rezeki. Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Walaupun baik dan hebat serta bagus mana pun, jika Allah katakan bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kita,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, DJ Lin menghargai usaha peminat, malah, menyifatkan kesetiaan mereka tidak boleh dijual beli.



“Saya reda, ketentuan Allah itu sesuatu yang sudah ditetapkan. Tetapi saya tidak berdiam diri, saya menyaksikan sendiri betapa susah payah peminat saya bertungkus lumus mengundi.

“Itulah komitmen padu daripada peminat saya. Ia tidak boleh disangkal lagi kerana ia daripada peminat.

“Saya takkan berubah, apa yang berlaku pada malam itu buat saya sedar betapa setianya peminat kepada saya. Kesetiaan itulah yang tak terbanding dengan apa-apa pun.

“Tidak boleh dibeli, tidak ada perbandingan dan pertaruhan. Melihat respons di Live TikTok, saya bertambah semangat… Lain macam,” ujarnya.



Di sebalik kekalahan itu, DJ Lin berkongsi pengikut media sosial semakin bertambah dan menetapkan pendirian untuk terus mengasihi peminat.

“Saya sangat bersyukur termasuk di TikTok. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmah. Apa yang saya nampak, pengikut saya bertambah dalam kalangan orang yang tidak pernah saya berurusan dan tidak kenal.

“Saya anggap mungkin ini rezeki saya. Allah itu adil. Saya percaya hikmah itu. Saya tetap diri saya, bagaimana saya melayan peminat, orang tetap mahu bergambar, ramai yang tegur dan simpati atas kekalahan itu,” katanya.

DJ Lin juga menyifatkan kekalahan itu mempunyai hikmah, malah, akan terus menghargai peminat walau apapun yang berlaku.



ABPBH 35 menyaksikan Tyzo merampas dominasi rakan setugasnya, DJ Lin yang membolot kategori berkenaan pada ABPBH 29, 32, 33 dan 34. Xtra

Pengikut DJ Lin makin bertambah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker