Siasatan dibuka babit video tular

Siasatan dibuka babit video tular

Polis membuka satu kertas siasatan membabitkan video berkaitan penganjuran ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang diadakan di Kompleks Sogo, di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan klip video menerusi laman sosial oleh seorang individu yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu.



Menerusi video berdurasi 55 saat itu, seorang individu lelaki telah mengajak orang ramai menyertai perhimpunan sempena Hari Malaysia dengan mengenakan baju berwarna putih serta bendera Malaysia sebagai tanda sokongan.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, kita menerima lima laporan berhubung video itu. Dua individu sudah direkodkan keterangan manakala empat lagi akan dipanggil bagi dirakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terbabit dengan apa-apa perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang. K Online



Siasatan dibuka babit video tular

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker