Sos McDonald’s, disuruh bayar atau dipaksa jual?

Sos McDonald’s, disuruh bayar atau dipaksa jual?

MELAKA – Pasukan polis sedang melakukan siasatan lanjut berkaitan kes tular pembelian sos McDonald’s susulan menerima pelbagai versi mengenai kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, satu kertas siasatan bagaimanapun telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berdasarkan laporan polis dibuat oleh pekerja restoran tersebut pada 26 September lalu.



Katanya, pengadu wanita berusia 19 tahun itu mendakwa telah dipaksa oleh pelanggan terlibat untuk menjual 10 paket sos cili walaupun telah diterangkan bahawa tiada pembelian sos cili dibenarkan kerana ianya diberikan secara percuma oleh pihak Mcdonald’s.

“Hasil siasatan awal mendapati pelbagai versi cerita kejadian yang berlaku di mana pelanggan lelaki tersebut mendakwa beliau diminta untuk membayar sos ekstra yang diminta walaupun terdapat pembelian makanan.

“Versi kedua adalah keterangan pekerja restoran dimana beliau dipaksa oleh lelaki tersebut untuk menjual 10 paket sos cili,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, siasatan itu mengambil masa susulan pengadu iaitu pekerja restoran berkenaan sebelum ini tidak menjawab panggilan telefon dan baru sahaja tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pagi tadi.



Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Melaka Tengah juga telah digerakkan bagi mengesan lelaki yang terlibat bagi tujuan rakaman percakapan.

“Hasil carian melalui Integrated Police Reporting System (IPRS) hanya terdapat satu laporan polis yang dibuat oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Agensi itu telah mengeluarkan kompaun terhadap Gerbang Alif Sdn. Bhd. (Mcdonald’s Lebuh Ayer Keroh) kerana didapati premis tidak mempamerkan tanda harga pada barangan sos cili di premis terbabit,”katanya. K Online

Sos McDonald’s, disuruh bayar atau dipaksa jual?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker