Wanita meninggal dunia selepas 20 jam bertarung nyawa

Gambar Hiasan

PAPAR – Selepas hampir 20 jam bertarung nyawa di hospital, seorang wanita yang terlibat kemalangan bersama tiga ahli keluarga lain kelmarin disahkan meninggal dunia awal pagi hari ini.

Wanita berusia 58 tahun terbabit meninggal dunia di Hospital Papar pada pukul 5 pagi tadi.

Dalam kemalangan di Jalan Kampung Biau, turut terkorban suami wanita berkenaan manakala dua anak pasangan suami isteri itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.



“Mangsa yang parah di bahagian kepala selepas terbabit kemalangan dihantar ke Hospital Papar. Bagaimanapun, mangsa wanita disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Papar, kira-kira pukul 5 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamaruddin berkata, dua anak pasangan terbabit berusia 20 dan 30 tahun yang hanya mengalami cedera ringan sudah dibenarkan keluar hospital.

Terdahulu, seorang pemandu pacuan empat roda berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Papar manakala isterinya parah dalam kemalangan pada pukul 9 pagi semalam.

Selain itu, dua anak pasangan terbabit hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di hospital yang sama.



Siasatan awal mendapati semua keempat-empat mangsa yang menaiki pacuan empat roda jenis Isuzu Invader bergerak dari arah Papar namun sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah lori yang bergerak dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke lorong mangsa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi



Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker