Risau 3 anak OKU hadapi banjir, Ibu ‘sakit’ berkeras mahu keluar dari hospital

KUALA BERANG: Seorang wanita yang baru dimasukkan ke hospital semalam akibat tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada buah pinggang berkeras mahu mendaftar keluar kerana khuatir keadaan tiga anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) setelah rumah mereka dilanda banjir.

Wan Norzaimah Muhammad, 46, dari Kampung Pengkalan Ajal berkata dia tiada pilihan selain meminta budi bicara hospital apabila mengenangkan keadaan tiga daripada enam anaknya itu, termasuk anak bongsu, Nor Al-Annur Aisyah, 5, yang menghidap penyakit asma kritikal.

Setelah berbincang dengan hospital, dia yang juga menghidap kanser payu dara bersyukur diberi kebenaran keluar selain dibekalkan ubat-ubatan untuk diambil sepanjang berada di pusat pemindahan sementara (PPS).



“Apabila dimaklumkan rumah saya dilanda banjir, saya terus minta kebenaran doktor untuk pulang sebab sangat risau keadaan mereka di rumah.

“Sebaik sahaja doktor beri kebenaran, saya terus balik ke rumah bersama suami, Muhammad Nasrullah Aliah, 35, untuk ambil anak-anak dan terus ke PPS di Masjid Kampung Pengkalan Ajal, malam tadi,” katanya.

Tiga anak Wan Nurzaimah iaitu Kamaruddin, 22, yang juga anak sulong merupakan OKU pelbagai termasuk penglihatan dengan pergerakan terbatas, Fitri Nurliyana, 18, (OKU intelektual dan penghidap Noonan Syndrome) dan Muhammad Ariff, 16, (OKU intelektual).

Wan Norzaimah yang kelihatan masih kurang bermaya berkata agak sukar untuk tinggal di PPS kerana untuk bergerak dia terpaksa berpaut pada dinding.



“Alhamdulillah, pihak pengurusan PPS memahami dan memberikan saya satu khemah khas atas faktor kesihatan serta keselesaan saya,” katanya, dan menambah ini pengalaman pertamanya menghuni PPS.

Wanita yang mengusahakan kedai makan itu berkata sebelum ini dia sekeluarga sempat keluar dari kampung tersebut yang hampir setiap tahun dilanda banjir, tetapi kali ini gagal berbuat demikian apabila Nor Al-Annur Aisyah diserang asma kronik Jumaat lepas.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana urusan saya dipermudahkan semua pihak baik daripada pihak hospital, pengurusan PPS dan mangsa banjir yang menghuni di sini,” katanya, yang dikehendaki kembali ke hospital untuk menyambung rawatan sebaik sahaja banjir pulih.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker