Adakan PRU15 segera supaya negara boleh bergerak – Zaid

Adakan PRU15 segera supaya negara boleh bergerak – Zaid

Zaid Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar segera mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) supaya negara dapat kembali diuruskan seperti biasa oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

“Ini abad ke-21. Kita mesti bergerak dua kali lebih cepat,” kata bekas menteri undang-undang itu kepada FMT.



Tambahnya, tindakan menangguhkan pilihan raya akan memberi kesan buruk kepada negara.

“Saya tidak faham kenapa SPR perlu 10 hari sebelum ia boleh bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian,” katanya merujuk pengumuman mesyuarat suruhanjaya itu dijadualkan pada 20 Okt untuk membincangkan tarikh PRU15.

“Hanya kerana undang-undang beri kita tempoh 60 hari tak bermakna kita mesti guna keseluruhan dua bulan akan datang untuk proses itu.

“SPR mesti kenal pasti tarikh pengundian dengan segera supaya wakil rakyat yang dipilih dengan betul boleh menduduki Putrajaya dan berusaha mengembalikan ekonomi kita ke landasan yang betul.”



Pada zaman ini, katanya, tempoh kempen tidak perlu begitu panjang

Beliau berkata, pentadbiran Ismail Sabri Yaakob telah bergelut selama beberapa bulan, dengan rakan gabungan Perikatan Nasional (PN) berulang kali mengancam untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan.

“Bukan rahsia lagi bahawa dalam pada itu, semua gabungan dan parti politik telah bersiap sedia untuk pilihan raya,” katanya.

“BN, PN and Pakatan Harapan (PH) semua telah berusaha untuk memperkukuh kedudukan masing-masing dalam usaha mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat selepas pilihan raya.”



Ahli politik veteran Umno itu berkata, kemajuan dalam teknologi juga bermakna rakyat sentiasa maklum tentang perkembangan.

“Kita lihat semasa wabak bagaimana kuasa internet dan media sosial memacu penyampaian mesej.

“Hari ini, setiap parti politik menggunakan alat ini untuk komunikasi segera dengan rakyat. Malah penduduk luar bandar mempunyai akses kepada teknologi dan menggunakannya secara meluas.

“Sebab itu, kebanyakan kerja kempen kini boleh dilakukan secara maya,” katanya.



Beliau maklum wujud “kebimbangan” bahawa pengundian mungkin terjejas disebabkan kemungkinan cuaca buruk, namun katanya, penyelesaiannya bukan untuk menangguhkan pilihan raya tetapi mengadakannya dengan cepat.

“Rakyat sudah penat menunggu. Aduan sejak Langkah Sheraton pada Februari 2020 adalah negara diuruskan oleh kerajaan yang tidak sah.

“Mengadakan pilihan raya dengan cepat akan memastikan kerajaan yang sah mengambil alih kuasa,” katanya.

Dalam perutusan khas pada 10 Okt, Ismail mengumumkan Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU.



Katanya, beliau dan Jemaah Menteri kekal memikul tanggungjawab sebagai “caretaker” sehingga kerajaan baharu dibentuk. FMT

Adakan PRU15 segera supaya negara boleh bergerak – Zaid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker