ECRL bagus untuk perpaduan negara, jangan bimbang kos – pengurus dana

ECRL bagus untuk perpaduan negara, jangan bimbang kos – pengurus dana

Seorang pengurus dana global memuji projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai sesuatu yang berpotensi menyatukan rakyat di bahagian berasingan dalam Semenanjung.

Pengarah Urusan Capital Dynamics Group Tan Teng Boo, berkata nilai projek ECRL melangkaui wang ringgit dan projek itu mesti dilihat dari sudut perpaduan negara.



Beliau maklum bahawa wilayah Pantai Timur dan tengah Semenanjung berada pada tahap pembangunan berbeza dan mendakwa kedua-duanya “bergerak ke arah berbeza”.

“Jadi, bagaimana hendak satupadukan negara? Kesalinghubungan, kebolehcapaian. Justeru, ECRL mesti dilihat dari sudut perpaduan kebangsaan,” katanya.

“Jika kita hubungkan negara ini, batasan perbezaan semakin pudar. Lihat negara-negara seperti Korea, Taiwan, Jerman, Perancis dan China. Mereka mempunyai jaringan landasan yang sangat baik, jadi rakyat boleh bergerak antara wilayah dengan mudah.”

ECRL sepanjang 665km itu merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, selain menjadi jambatan darat menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang, membolehkan kapal melintasi tanpa melalui Singapura.



Pembinaan ECRL bermula pada Ogos 2017. Projek itu ditangguhkan susulan perubahan kerajaan pada 2018, namun kerja pembinaan kembali bersambung pada 2019.

Tan turut mengkritik pihak yang mempolitikkan projek itu, sambil menyatakan bahawa mereka “terlalu fokus untuk menghentam” seteru politik sehinggakan gagal melihat dari perspektif kepentingan kebangsaan.

Katanya, ada keperluan buat Malaysia untuk mempunyai jaringan kereta api elektrik yang membolehkan rakyat bergerak dari satu wilayah ke wilayah lain dalam tempoh beberapa jam sahaja. FMT

ECRL bagus untuk perpaduan negara, jangan bimbang kos – pengurus dana




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung



Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker