Sampai macam ini Uqasha berlakon


Sampai macam ini Uqasha berlakon

Pelakon jelita, Uqasha Senrose, 31, sanggup melakukan babak aksi lagak ngeri sendiri demi filem bergenre seram, Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong.

Bagi Uqasha, filem terbitan Produksi Seni 2020 itu memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buatnya.

“Setiap babak dalam filem ini sukar. Antaranya, babak saya kena ikat, naik dan jatuh pokok.



“Saya juga melakukan babak ‘under water’ sendiri di mana saya diikat bawah air dalam.

“Selain itu, ada babak mandi dalam air sungai yang kotor dan menjadi tempat bahan buangan najis di kampung,” katanya kepada BH Online.

Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen membawa watak Bee iaitu pegawai pemeliharaan warisan yang meminati perkara mistik dalam filem itu.

“Watak Bee ini penting kerana membawa kumpulan pengkaji yang terdiri daripada profesor arkeologi, doktor Sani, Arjuna (bekas pelajar), Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan YouTuber) ke lokasi tiang jerunei yang misteri.



“Bukan senang memaksa semua anggota kumpulan ke lokasi tiang jerunei yang mana akhirnya roh jahat merasuk ke dalam diri saya,” katanya.

Menerusi filem Sumpahan Jerunei, Uqasha bergandingan dengan Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Mengenai watak, kata Uqasha, dia membuat persiapan rapi untuk menjiwai karakter Bee.

“Kami ada sesi pembacaan skrip untuk memahami karakter masing-masing.



“Ia bukan preproduksi seperti drama biasa, sebaliknya perlu memahami skrip dan karakter dengan lebih mendalam,” katanya.

Tambah Uqasha, dia risau dan tidak senang duduk kerana bimbang tidak dapat melakonkan karakter Bee seperti dikehendaki pengarah.

“Saya baca skrip empat kali sehingga benar-benar memahami karakter Bee dan skrip juga banyak kali diubah.

“Selepas memakai kostum sebagai pegawai pemeliharaan warisan dengan solekan dan dandanan ringkas, secara perlahan ‘feel’ itu datang sendiri.



“Jason juga akan menegur jika tidak menjiwai watak dikehendaki skrip,” katanya.

Berkongsi lokasi penggambaran, ia membabitkan tempoh sebulan dan lokasi bermula di Mukah, Sarawak dan seterusnya, Kuching,

“Penggambaran filem banyak dalam hutan di kampung pedalaman di Kuching.

“Selain itu, ia membabitkan lokasi di tiang jerunei lokasi ritual hamba yang dikorbankan pada abad ke-16.



“Saya bersyukur tiada gangguan kerana kami sangat berhati-hati bila shooting di tempat seram bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Uqasha berkata, dia teruja berlakon dalam filem berkenaan kerana mengangkat kisah misteri yang jarang terdedah mengenai adat budaya dan ritual kaum Melanau pada abad ke-16.

“Saya pernah berlakon genre seram berjudul Paku Pontianak ketika mula bergelar pelakon, tetapi ia bukan kisah benar.

“Kali ini saya berlakon filem seram berdasarkan sejarah dan kisah benar yang berlaku pada zaman dahulu,” katanya.



Sumpahan Jerunei mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai ini. BH

Sampai macam ini Uqasha berlakon

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker