Sah pertempuran 4 penjuru di PRK Kuala Kubu Bharu

Pilihan raya kecil kali ini dijangka menyaksikan persaingan empat penjuru selepas dua calon lain menyertai saingan mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Pada awalnya tiga calon hadir untuk menyerahkan borang masing-masing termasuk bekas pemimpin tempatan DAP, Chng Boon Lai.

Bagaimanapun difahamkan borang Chng tidak diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak mencukupi syarat ditetapkan.



Untuk rekod, pada pilihan raya negeri 2023 Chng turut bertanding di kerusi Kuala Kubu Bharu atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM). Dia memperoleh 527 undi.

Dua calon lain yang berjaya menempatkan nama mereka dalam PRK kali ini ialah Nyau Ke Xin (bebas) dan Hafizah Zainudin (PRM).

Menurut Chng, pencalonannya tidak diterima kerana gagal mengemukakan laporan perbelanjaan semasa dia bertanding pada tahun lalu.

SPR akan membuat pengumuman rasmi kira-kira jam 11 pagi nanti.



Sebelum itu pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor ditutup tepat satu jam selepas dibuka 9 pagi tadi.

Penutupan itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya, Yuhanas Auree Kamaruddin.

Nyau Ke Xin, 27, merupakan anak kelahiran Sabak Bernam yang kini bekerja sebagai pengarah syarikat logistik di Shah Alam.

Kata Nyau dia bertanding sebagai calon bebas kerana tidak puas hati dengan kerajaan hari ini.



“‘Saya nak platform untuk suarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan perpaduan.

“Sebab sekarang harga barang naik dan kos hidup naik, rakyat berasa susah,” katanya.

Sebelum itu calon pembangkang – yang diwakili pemimpin Bersatu Hulu Selangor, memasuki pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu.

Khairul Azhari Saut yang memakai baju Melayu biru tua bergerak bersama Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Bersatu sepert Ahmad Faizal Azumu, Hamzah Zainudin, dan Azmin Ali.



Mereka disertai kira-kira 500 penyokong.

Calon PH – yang diwakili DAP – dijangka akan menyusul tidak lama lagi.

Terdahulu calon terbabit, Pang Sock Tao, tiba di kawasan berhampiran kira-kira jam 8.15 pagi dan meluangkan masa bersarapan dengan Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming, serta pemimpin lain.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, setiausaha agung parti itu Asyraf Wajdi Dusuki, dan Pengerusi Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin.



Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi dan akan berlangsung selama satu jam.

Sementara itu pelbagai aksi dapat dilihat dipamerkan kedua-dua penyokong.

Misalnya ada sekumpulan orang PN membawa ubi kayu sebagai sindiran kepada isu cadangan memakan bahan tersebut dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, baru-baru ini.

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata misi PN kali ini ialah “menyapu bersih” kerusi yang ada di bawah kawasan parlimen Hulu Selangor.



“Ahli-ahli PAS di Kuala Kubu Bharu akan sokong penuh calon PN di PRK ini.

“Kami telah menang di Parlimen Hulu Selangor, menang DUN Batang Kali dan Ulu Bernam.

“PAS harap PN dapat menawah Kuala Kubu Bharu untuk menjadikan kami menguasai Hulu selangor 4-0,

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker