Projek apartment wakaf untuk mangsa perang di Gaza

Projek apartment wakaf untuk mangsa perang di Gaza

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan MyAqsa Defenders (MyAD) akan membangunkan projek apartmen wakaf di Khan Younis, Gaza, Palestin untuk menempatkan mangsa perang yang kehilangan kediaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sani Abdul Halim Araby berkata, projek wakaf itu turut mendapat kerjasama tiga kementerian Gaza membabitkan Kementerian Wakaf, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan serta Kementerian Luar Negeri serta melalui proses tender secara terbuka.



Katanya, tempoh pembinaan projek itu dijangka memakan masa 16 bulan selepas dimulakan pada Januari tahun depan.

“Projek membina 100 unit rumah ini meliputi empat apartmen tujuh tingkat dan berkeluasan 1,300 meter persegi dengan tiga bilik seunit.

“Kita buat projek serampang dua mata iaitu di bawah kediaman, kita bina 12 unit komersial untuk disewakan kepada penduduk membuka perniagaan.

“Projek yang dijangka siap pada Jun 2024 itu bukan hanya memberi sinar kepada kira-kira 1,000 mangsa perang daripada 100 keluarga, malah menjana ekonomi hampir 5,000 penduduk yang secara tidak langsung mendapat pekerjaan menerusi pelaksanaan projek,” katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Projek Pembinaan Apartmen Wakaf Gaza, di Wisma Mapim, di sini, hari ini.



Pada majlis itu, Ahmad Sani mewakili Mapim manakala MyAD diwakili Pengerusi Ahli Tertinggi MyAD, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Ahmad Sani berkata, Mapim menaja RM6 juta manakala MyAD menyumbang RM2 juta daripada RM8 juta nilai keseluruhan kos membangunkan projek berkenaan.

“Projek ini menjadi kebanggaan Malaysia kerana ia projek pertama apartmen wakaf Malaysia seumpamanya di Gaza yang dibangunkan hasil keprihatinan rakyat dan pelbagai pihak di Malaysia.

“Walaupun negara kita kecil berbanding negara liga Arab yang menyumbang dalam skala besar, rakyat Malaysia masih belum terlambat terus menyumbang dan kita akan melihat peluang dan potensi pelbagai projek berimpak tinggi untuk membantu penduduk Gaza pada masa akan datang.



“Justeru, melalui kerjasama ini, kita mengalu-alukan sokongan semua pihak dengan meneruskan isu perjuangan Palestin ini untuk membela saudara kita di sana,” katanya.

Untuk rekod, laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan beberapa laporan di lapangan mendedahkan 16,800 kediaman mengalami kerosakan manakala 1,800 kediaman musnah teruk dengan 120,000 penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal akibat perang pada 2021.

Kesan itu bertambah dahsyat lagi apabila tentera Israel bertindak menjalankan beberapa siri pengeboman ke atas Gaza berskala sederhana selepas perang 2021 sehingga Ogos lalu hingga mengakibatkan pertambahan kerosakan rumah dan beberapa infrastruktur awam. HM

Projek apartment wakaf untuk mangsa perang di Gaza




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib



Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker