SPRM panggil Sanusi masa terdekat

Kertas siasatan berhubung isu perlombongan REE di peringkat akhir untuk dilengkapkan.

SPRM panggil Sanusi masa terdekat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Menteri Besar Kedah Sanusi Nor bagi membantu melengkapkan siasatan isu perlombongan unsur nadir bumi (REE).

Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki berkata pegawai penyiasat mungkin memanggil Sanusi dalam minggu ini atau minggu depan untuk mengambil keterangannya di Ibu Pejabat SPRM.



“Kertas siasatan membabitkan REE sudah berada di peringkat akhir untuk dilengkapkan, jadi kita akan panggil beliau bagi menjelaskan perkara ini.

“Siasatan SPRM terhadap isu REE secara menyeluruh dari sudut tatakelola dan undang-undang yang digunakan dalam REE, selain melihat kepada sistem dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya menurut Utusan Malaysia selepas menghadiri Program Executive Talk bersama SPRM di Putrajaya.

Beliau berkata, hasil siasatan diharapkan tidak hanya tertumpu kepada perlakuan jenayah, tetapi mengesan penyalahgunaan sistem dan SOP.

Sabtu lalu, SPRM memaklumkan mereka mendapat petunjuk baharu dan mungkin memanggil individu penting bagi membantu siasatan rasuah serta salah guna kuasa dalam perlombongan REE di Kedah.



Siasatan terperinci masih dijalankan dan keterangan baharu berjaya diperolehi.

Sebelum ini, SPRM menahan reman seorang ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dan pengarah syarikat bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan rasuah serta salah guna kuasa dalam perlombongan REE.

Dilaporkan aktiviti perlombongan REE dijalankan secara haram oleh sebuah syarikat yang dikatakan mendapat perlindungan pihak berkuasa tertentu sejak 2020.

Hasil siasatan SPRM mendapati beberapa bayaran disyaki membabitkan rasuah lebih RM13 juta diberikan syarikat terbabit. FMT



SPRM panggil Sanusi masa terdekat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker