Mardzi wanita tertua di Kedah berusia 109 tahun

ardzi Abu Bakar (tengah), yang berusia 109 tahun, dinobatkan sebagai wanita tertua di Kedah

ALOR SETAR: Mardzi Abu Bakar, yang berusia 109 tahun, dinobatkan sebagai wanita tertua di Kedah.

Ibu kepada lapan orang anak yang dilahirkan pada tahun 1913 menerima pengiktirafan itu pada sambutan Hari Kanak-Kanak dan orang kurang upaya (OKU) dan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah, hari ini.

Ditanya apakah petua dan rahsia yang diamalkannya, Mardzi berkata dia yang tidak mempunyai petua istimewa kecuali menjaga pemakanan dan mengelak makanan yang berminyak selain mengamal makan ulam-ulaman dan makanan yang direbus.

Katanya ketika zaman muda, dia banyak membanting tenaga di sawah bersama arwah suaminya untuk membesarkan anak-anak.



Mardzi berkata, dia bersyukur sehingga sekarang dia tidak mempunyai penyakit kecuali masalah tulang kerana faktor usia.

“Kalau makan, tok suka makan seperti ulam-ulaman. Saya makan tu, apa anak makan, apa anak beli (saya) makan lah.

“(Dari segi) pantang, saya tak makan (makanan) minyak atau santan… menantu jaga, depa (mereka) tak bubuh minyak,” jelasnya.

Mardzi ditemui selepas menerima sijil penghargaan dan wang sagu hati pada majlis berkenaan yang disampaikan oleh Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.



Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Nenek kepada 30 cucu dan 11 cicit ini berkata dia rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memilih beliau untuk menerima pengiktirafan itu.

Sementara itu menurut anak bongsunya Mohammad Asri Marzuki, 50, dia bersyukur ibunya masih dapat berjalan di rumah dengan menggunakan tongkat.

Katanya, ibunya sering bercerita kehidupannya yang amat susah pada zaman pendudukan Jepun dan selalu menasihati anak dan cucu supaya sabar dan menuntut ilmu jika mahu mengubah kehidupan.



“Saya rasa gembira lah… tak disangka boleh dapat anugerah ini sedangkan banyak lagi orang lain yang boleh dapat.

“Mak saya ajar, kalau susah macam mana pun dia suruh usaha sendiri, dia kata jangan harap dekat orang… kalau orang nak bagi, kita terima.

“Jadi bila dapat anugerah macam ni macam tidak percaya sebab seluruh ahli keluarga terkejut, mungkin ini rezeki mak, jadi rezeki ni mungkin Allah S.W.T nak letak dia sebaris dengan anak-anak dia dengan cucu-cucu dia,” ujar Mohammad Asri.

Dua anak Mardzi meninggal dunia ketika kecil, sementara enam orang anaknya yang lain kini sudah berjaya termasuk menjadi pegawai kerajaan serta mempunyai perniagaan sendiri.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib



Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker