Accord langgar Alza seorang maut, dua cedera


Keadaan kenderaan Perodua Alza dan Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 76, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bukit Besar, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang buruh binaan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 76, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bukit Besi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, Ahmad Basri Muhammad, 32, dari Rantau Panjang, Kelantan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, nahas tersebut melibatkan Honda Accord, kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza dan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Honda Accord dipandu rakan mangsa yang berusia 41 tahun dari arah Jabor tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.



“Sebuah kenderaan Perodua Alza berada di laluan bertentangan dalam perjalanan ke arah Bukit Besi tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, tidak lama kemudian tiba sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan Perodua Alza pula.

Tambah beliau, impak pelanggaran itu menyebabkan Ahmad Basri maut di lokasi kejadian manakala rakannya yang memandu cedera pada bahagian perut dan bahu kiri.

“Pemandu kenderaan Perodua Alza iaitu seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari Kampung Pak Katak, Kuala Terengganu juga cedera pada bahagian perut,” katanya.



Baharudin berkata, mayat Ahmad Basri telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang cedera pula menerima rawatan di hospital sama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker