AFC label aksi Harimau Malaya-Korea Selatan menakjubkan

KUALA LUMPUR: Aksi terakhir Kumpulan E antara Korea Selatan berdepan Malaysia yang menyaksikan enam gol terhasil menjadi satu daripada enam aksi terbaik peringkat kumpulan yang menjadi pilihan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

AFC menyenaraikan enam aksi terbaik peringkat kumpulan dengan penyokong boleh mengundi perlawanan yang dianggap sebagai perlawanan pilihan di laman sesawangnya.

AFC menyifatkan aksi antara Korea Selatan menentang Malaysia yang berkesudahan 3-3 itu sebagai aksi ‘roller coaster’ terutamanya selepas menyaksikan kebangkitan Harimau Malaya yang berjaya mengikat pasukan di ranking ke-23 dunia itu dengan gol penyamaan pada minit akhir.



“Kekalahan tipis 0-1 pada minit akhir di tangan Bahrain menyingkirkan Malaysia ketika saingan berbaki satu perlawanan namun wakil Asia Tenggara itu mahu menutup kempen peringkat kumpulan bagi edisi kali ini dengan kebanggaan.

“Apa yang berlaku adalah satu aksi yang menakjubkan di mana penyokong mereka pasti akan bercakap mengenainya untuk bertahun-tahun yang akan datang,” kata AFC.

Lima lagi aksi yang disenaraikan AFC adalah pertembungan dua wakil ASEAN, Vietnam dan Indonesia yang menyaksikan Indonesia menang 1-0 dan kemenangan 4-2 dilakar Jepun ke atas Vietnam serta kemenangan 2-1 Arab Saudi ke atas Oman.

Selain itu, aksi antara Iraq berdepan Jepun yang berkesudahan 2-1 serta kemenangan 2-1 Tajikistan ke atas Lubnan yang menghantar Tajikistan ke pusingan kalah mati.



Setakat jam 12 tengah hari, aksi Korea Selatan-Malaysia menjadi pilihan tertinggi pelayar Internet dengan peratusan tertinggi sebanyak 77 peratus diikuti aksi Vietnam-Indonesia dengan 19 peratus.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker