Jangan berani usik Elisya – Sheila Rusly
Jangan berani usik Elisya, saya sangat sayangkan dia – Sheila Rusly
“Kepada blogger atau portal di luar sana, saya akan korek dan ambil tindakan undang-undang, hantar surat saman. Saya tidak peduli.”
Itu amaran oleh pelakon dan juga produser terkenal, Sheila Rusly terhadap mana-mana laporan media yang memberikan kenyataan berunsur fitnah kepada keluarganya terutama membabitkan isu perkahwinan antara anaknya, Uzair dengan Elisya Sandha.
Sheila ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia sangat marah tentang isu yang diberitakan oleh sebuah portal yang sengaja mengaitkan anaknya, Uzair bersama pelakon, Janna Nick.
“Saya marah sebab isu itu fitnah, Kalau melibatkan isu yang menyentuh keluarga saya, saya tidak boleh duduk diam. Pada saya, mereka tidak perlu mengambil peluang untuk mereka-reka cerita semata-mata untuk melariskan berita.
“Perkara itu memang tidak berlaku (hubungan antara Uzair dengan Janna). Lagi pun anak saya sudah mengenali isterinya sejak Elisya masih bersekolah lagi,” kata Sheila.
Ujar Sheila, dia tidak faham bagaimana boleh timbul cerita melibatkan anaknya dengan Janna sebab selama ini dia tidak pernah sekali pun membuka mulut atas apa yang berlaku.
“Saya tidak faham. Saya menjaga aib dia (Janna). Sebab itu saya tidak mahu bercerita apa yang berlaku dan saya mengharapkan mereka-mereka di luar sana untuk terus melupakan apa yang telah berlaku.
“Perbalahan antara saya dengan Janna memang saya tidak akan diceritakan demi menjaga aib dia. Tapi janganlah sebab saya ‘mengunci mulut’, saya difitnah,” jelas Sheila.
Dalam pada itu, isteri kepada Jinggo itu turut memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak ‘mencuit’ menantunya Elisya kerana begitu menyayangi wanita itu.
Baca Artikel Menarik :
- Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
- Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
- Amerikat Syarikat biayai Taliban
- Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
- Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
- Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
- Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
- It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
- TMJ mahu tinggalkan JDT?
- Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
- Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
“Jangan sesekali usik menantu saya. Saya sangat sayangkan Elisya. Jadi tolong jangan tulis cerita yang tidak betul dan boleh mengguris hati menantu saya.
“Kalau menantu saya sedih, suaminya juga akan bersedih begitu juga saya. Jadi saya ingatkan, jangan berani buat begitu,” tegas Sheila.
Kata Sheila lagi, dia menjadi sangat emosi kerana menantunya tidak pernah mengganggu sesiapa. Malah, dia juga perlu menjaga hati keluarga Elisya.
Kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia tidak pernah sesekali mengatur perkahwinan antara Uzair dengan Elisya, kerana percaya jodoh anaknya itu telah ditentukan oleh Allah SWT.
“Saya tidak menentukan jodoh anak saya. Jodoh itu kerja Allah SWT. Saya memberi ruang untuk anak saya membuat keputusan terbaik untuk dirinya.
“Alhamdulillah, dia memilih Elisya walaupun dalam hubungan dia sebelum ini, ada fasa turun dan naik. Tapi itu lumrah dalam perhubungan.
“Tapi disebabkan jodoh mereka kuat dan saya nampak keikhlasan jodoh mereka, jadi saya merestui perkahwinan anak saya dengan Elisya. Jadi cukuplah ambil tahu hal keluarga saya, jangan tabur fitnah lagi,” katanya.
Terdahulu, Sheila menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya berang terhadap penulisan sebuah artikel yang menabur fitnah tentang perseteruan antara dia dan Janna adalah disebabkan pelakon itu menolak cinta anak lelakinya. K Online
Jangan berani usik Elisya – Sheila Rusly