Ada penghuni tunggu di pintu panggil nama anak setiap hari

Ada penghuni tunggu di pintu panggil nama anak setiap hari

Kota Bharu: “Saya sudah biasa beraya bersama warga emas di sini, selepas hampir 28 tahun berkhidmat sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa, di sini” kata Satina Ariffin, 57.

Satina berkata, malah setiap kali Ramadan atau Hari Raya ada sahaja pengalaman menyedihkan kerana kebanyakan penghuni mula merindui keluarga serta anak-anak, tidak kurang juga yang merayu untuk dibawa pulang.



Katanya, bagaimanapun, setiap warga emas di situ memiliki jalan cerita yang berbeza dan ditakdirkan terus berada di rumah orang tua dengan dijaga PPK sepertinya yang bukan dari darah daging mereka sndiri.

“Selepas berpuluh tahun berkhidmat di sini, saya bagaikan sudah sebati dengan ragam setiap warga emas yang saya jaga, malah mereka saya anggap seperti ibu bapa sendiri.

“Setiap kali Ramadan, selain menjalankan kerja hakiki merawat mereka, saya juga akan menemani pakcik serta makcik di sini menjalani aktiviti yang disediakan seperti bertadarus, berterawih termasuk bersahur serta berbuka puasa.

“Dalam masa sama, saya perlu bersedia daripada untuk berhadapan dengan emosi warga emas yang ada masanya bersedih menantikan kedatangan anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa, di sini.



Menurutnya, pengalaman kerja di situ turut memberi keinsafan kepadanya untuk lebih menghargai ibu bapa kerana melihat sendiri ada dalam kalangan penghuni yang dibawa ke sini keranan disisih oleh anak-anak dan ia sesuatu yang menyakitkan.

Sementara itu, bagi Che Dahlia, pengalaman selama 10 tahun menjaga nenek sakit menyebabkan dia tidak kekok untuk menguruskan seramai 39 warga emas yang ada di situ bersama rakan kerja yang lain.

“Sebenarnya nak bekerja di sini perlu kuat fizikal dan mental. Cuba anda bayangkan ada penghuni yang setiap hari menunggu di pintu sambil memanggil nama anaknya dengan harapan akan datang melawat atau membawanya pulang.

“Namun, selepas sekian lama penghuni berkenaan masih di sini dan akhirnya pergi buat selama-lamanya bukan disisi anak tersayang. Saya sendiri berlawan dengan emosi tetapi perlu kuat untuk membantu mereka terus hidup di sini.



“Ada masanya, saya terfikir kerana lebih banyak menghabiskan masa menjaga ibu bapa orang lain sedangkan orang tua sendiri juga semakin menua dan perlukan saya di sisi, tetapi saya akur dengan tanggungkawab selain tahu kerja saya ini juga suatu ibadah,” katanya yang sudah 16 tahun berkhidmat sebagai PPK di Rumah Seri Kenangan.

Mereka berdua turut berkongsi pengalaman pernah dimarahi anak penghuni yang mendakwa ibu bapa mereka tidak dijaga dengan baik walaupun semuanya dilakukan dengan sempurna.

Namun dua insan yang baik ini kekal tenang dan membveri khidmat terbaik kepada semua penghuni yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. HM

Ada penghuni tunggu di pintu panggil nama anak setiap hari



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker