Ibu 5 anak dirogol, disamun sebelum dibunuh

Ibu 5 anak dirogol, disamun sebelum dibunuh

Seorang wanita warga asing ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kejam selepas dirogol dan disamun dalam satu kejadian di Lahad Datu, Sabah semalam.

Menurut Harian Metro, mayat wanita berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan separuh bogel di satu kawasan semak berhampiran kebun pisang di Kampung Pisang pada jam 8.15 pagi.



Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah Ahmad berkata, mayat wanita itu ditemui oleh ahli keluarga mangsa kira-kira 600 meter dari rumahnya.

Katanya, ahli keluarga mangsa keluar mencari ibu kepada lima orang anak itu selepas majikan mangsa memberitahu wanita itu tidak datang bekerja pada hari kejadian.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di leher, selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan kesan air mani yang ditemukan pada bahagian kemaluannya,” katanya yang menambah telefon bimbit dan wang tunai di dalam dompet mangsa juga didapati hilang.



Rohan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut.

“Polis masih berusaha mengesan suspek dalam kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. FMT

Ibu 5 anak dirogol, disamun sebelum dibunuh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker