Tanding PRN, ini komen Tengku Zafrul

Tanding PRN, ini komen Tengku Zafrul

Bendahari Umno Selangor Tengku Zafrul Aziz menyerahkan kepada kepimpinan Umno negeri membuat keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak dalam PRN tidak lama lagi.

“Semua bergantung kepada pimpinan negeri. Kamu perlu tanya Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis menandatangani kerjasama pelaburan Asia Digital Engineering Sdn Bhd.



Ketika ditanya adakah beliau akan dinamakan sebagai calon menteri besar Selangor, Tengku Zafrul berkata: “Saya tidak mahu komen perkara itu. Biar parti buat keputusan.”

Awal bulan ini sumber memberitahu FMT, Tengku Zafrul yang juga menteri pelaburan, perdagangan dan industri, dijangka diberikan kerusi majoriti Melayu yang selamat.

Sumber berkata, Pakatan Harapan (PH) dijangka menyerahkan sekurang-kurangnya lima kerusi “selamat” kepada Barisan Nasional dalam langkah strategik untuk memastikan kerajaan perpaduan terus kukuh.

Antara kerusi dikenal pasti termasuk Sungai Pelek, Kota Kemuning, Dusun Tua, dan Dengkil.



Kerusi itu memiliki majoriti Melayu dengan jumlah pengundi Cina yang ramai.

Pada PRU15 Tengku Zafrul bertanding di Parlimen Kuala Selangor tetapi kalah kepada Dzulkefly Ahmad daripada PH. FMT

Tanding PRN, ini komen Tengku Zafrul

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami



Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker