Macron hilang majoriti di Parlimen Perancis

Macron hilang majoriti di Parlimen Perancis

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menerima tamparan hebat apabila kehilangan majoriti di Parlimen, hari ini, selepas pakatan berhaluan kiri yang baru dibentuk serta pesaing berhaluan kanan meraih kejayaan dalam pilihan raya.

Keputusan pengundian pusingan kedua, semalam, menyaksikan politik Perancis terjerumus ke kancah pergolakan, sekali gus meningkatkan prospek badan perundangan lumpuh atau pakatan yang berantakan, dengan Macron terpaksa mengusahakan jalinan sekutu baharu.



Selain itu, Macron, 44, kini juga berisiko digugat masalah domestik ketika beliau memberi tumpuan untuk memainkan peranan penting ke arah menamatkan pencerobohan Russia di Ukraine serta menjadi tokoh utama dalam Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanapun, pakatan ‘Together’ (Bersama) bawah Macron masih menjadi parti terbesar dalam penggal Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen) Perancis yang akan datang.

Namun dengan hanya memenangi 245 kerusi berdasarkan keputusan penuh Pilihan Raya Parlimen yang diumumkan, awal pagi tadi, pakatan berkenaan gagal menguasai 289 kerusi diperlukan untuk memperoleh majoriti dalam Dewan Rakyat dibarisi 577 ahli itu.

“Keadaan ini mencetuskan risiko kepada negara kita, memandangkan cabaran yang perlu dihadapi. Kita akan berusaha mulai esok untuk membina majoriti yang berfungsi,” kata Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne, dalam kenyataan disiarkan melalui televisyen.



Perkembangan itu ‘mencemarkan’ kejayaan Macron pada Pilihan Raya Presiden, April lalu, di mana beliau menewaskan pesaing berhaluan kanan untuk muncul sebagai Presiden Perancis yang pertama memenangi penggal kedua dalam tempoh lebih dua dekad.

Pakatan berhaluan kiri, NUPES yang baru dibentuk bawah kepimpinan Jean-Luc Melenchon, 70, memenangi 135 kerusi, menurut kiraan AFP berdasarkan keputusan diumumkan Kementerian Dalam Negeri.

NUPES ditubuhkan pada Mei lalu dengan pakatan membabitkan parti Sosialis, Komunis dan Greens.

Sementara itu, Melenchon menyifatkan keputusan pilihan raya berkenaan sebagai ‘kegagalan pilihan raya’ bagi Macron.



“Kekalahan teruk parti presiden adalah menyeluruh, dan tidak akan ada majoriti di Parlimen,” katanya kepada penyokong di Paris.

Seorang Ahli Parlimen terkenal daripada parti pimpinan Melenchon, Alexis Corbiere pula berkata keputusan itu dilihat bakal menjejaskan perancangan Macron untuk meningkatkan umur persaraan kepada 65 tahun di Perancis.

Parti National Rally bawah pemimpin berhaluan kanan, Marine Le Pen, turut mencatat pencapaian besar dengan kemenangan 89 Ahli Parlimen dalam pilihan raya kali ini.

Le Pen meraikan keputusan bersejarah bagi partinya itu dengan memaklumkan ia adalah bilangan tertinggi Ahli Parlimen mereka, setakat ini, yang membarisi Perhimpunan Kebangsaan akan datang.



Pilihan raya kali ini antara lain menyaksikan Menteri Kesihatan, Brigitte Bourguignon; Menteri Maritim, Justine Benin; dan Menteri Alam Sekitar, Amelie de Montchalin – tunjang pentadbiran Macron sepanjang tempoh beberapa tahun lalu – tewas serta bakal dikeluarkan daripada kerajaan.

Keputusan pilihan raya itu turut merekodkan kemenangan Rachel Keke, bekas pekerja pembersihan yang berkempen untuk keadaan kerja lebih baik di hotel tempat beliau pernah bertugas. Wanita itu mengalahkan bekas Menteri Sukan bawah Macron, Roxana Maracineanu. BH

Macron hilang majoriti di Parlimen Perancis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren



Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker