Penunggang Motosikal Maut Langgar Kayu Jatuh Dari Treler

Penunggang Motosikal Maut Langgar Kayu Jatuh Dari Treler

KUALA SELANGOR: Seorang pekerja restoran makanan segera menemui ajal apabila melanggar kayu getah yang terjatuh dari sebuah treler di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan di sini pada Ahad.

Kemalangan jam 4.30 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 22 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda meninggal dunia di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati muatan kayu getah sebuah treler dipandu lelaki berusia 40 tahun terjatuh di jalan berkenaan.

“Mangsa yang menunggang bersendirian dipercayai gagal mengelak beberapa batang kayu dan kemudian terjatuh atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ramli berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa cedera dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dalam hantaran di Facebook memaklumkan, sepasukan enam anggotanya ke lokasi kejadian bagi membersihkan kayu itu pada jam 5.17 pagi.

Jelas kenyataan itu, longgokan kayu terjatuh itu menghalang lalu lintas di jalan tersebut dan berjaya dibersihkan dengan menggunakan jengkaut.-SH



Penunggang Motosikal Maut Langgar Kayu Jatuh Dari Treler

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker