Operasi mencari pemuda dikhuatiri lemas disambung pagi ini

ANGGOTA Maritim Malaysia ketika menjalankan operasi mencari seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di pantai Tanjung Asam, Gertak Sanggul di sini hari ini

BALIK PULAU – Operasi mencari dan menyelamat seorang pemuda yang dikhuatiri lemas ketika bermandi-manda bersama rakannya di pantai Tanjung Asam, Gertak Sanggul di sini semalam disambung semula pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pencarian yang masuk hari kedua hari ini melibatkan empat sektor dengan keluasan pencarian 13.45 batu nautika persegi.

Menurutnya, operasi tersebut membabitkan agensi dari Polis Marin Batu Uban, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bagan Jermal JBPM juga turut ditugaskan untuk menyelam di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, mangsa, S. Thanaseelan, 20, dilaporkan hilang dibawa arus semasa sedang bermandi-manda bersama rakannya di pantai terbabit.

Ketika kejadian, cuaca dilaporkan hujan renyai di beberapa kawasan termasuk di Gertak Sanggul, Bayan Lepas dan Teluk Kumbar.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker