Kejayaan setahun Keluarga Malaysia, biarlah fakta yang berbicara – Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri merasmikan Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya di sini, hari ini.

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau tidak mahu mendabik dada melaungkan segala kejayaan kerajaan di bawah kepemimpinannya, sebaliknya membiarkan fakta yang berbicara.

Ismail Sabri berkata, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam suasana negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang hebat sehingga ia mencapai rekod sebanyak 24,599 kes harian dan mengakibatkan 393 kematian pada 26 Ogos 2021.

“Hasil kerja keras semua pihak dan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) khususnya, membolehkan Malaysia menjadi antara negara yang mencatatkan kadar vaksinasi terpantas, akhirnya kita memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April 2022.



“Selain Malaysia, seluruh dunia turut terkesan akibat pandemik ini terutama dari sudut ekonomi dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta penutupan sempadan telah menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas teruk,” katanya ketika berucap pada Simposium Keluarga Malaysia, Pencapaian dan Harapan di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, situasi itu bagaimanapun semakin pulih selaras dengan pembukaan sempadan sehingga banyak petunjuk ekonomi negara menunjukkan perkembangan membanggakan mutakhir ini.

“Dari sudut politik pula, negara pada waktu saya mengambil- alih tampuk pemerintahan berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dan ketidakstabilan.

“Ada pihak yang meramalkan bahawa bila-bila masa sahaja kerajaan Keluarga Malaysia boleh runtuh berdasarkan sejarah lompat parti waktu itu. Syukurlah jangkaan itu tidak berlaku dan kini usia kerajaan ini telah menjangkau satu tahun,” ujar beliau.



Ismail Sabri berkata, penganjuran simposium tersebut adalah tepat pada masanya memandangkan hari ini genap satu tahun pentadbiran Keluarga Malaysia yang bermula pada 21 Ogos 2021.

“Beberapa pembaharuan politik yang radikal telah saya lakukan dalam hanya setahun pentadbiran saya dan ia tidak akan berlaku tanpa sokongan semua Ahli Jemaah Menteri serta semua Ahli Parlimen.

“Sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika ia mendapat dokongan daripada semua
pihak. Alhamdulillah, kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan para penjawat awam,” ujar beliau.

Tambahnya, beliau juga akan mengumumkan sesuatu yang ‘menceriakan’ pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos ini.



“Insya-Allah, kita akan mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka-lara para penjawat awam. Tunggulah, saya pun tengah fikir ni,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker