Protes Yahudi di Amerika tuntut gencatan senjata di Gaza

Protes Yahudi di Amerika tuntut gencatan senjata di Gaza

PHILADELPHIA: Aktivis Yahudi yang menuntut gencatan senjata dalam perang Israel di Gaza mengadakan bantahan semalam di lapan bandar di Amerika Syarikat (AS), pada malam kelapan perayaan Hanukkah yang diraikan kaum itu.

Bantahan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan jambatan yang sibuk di Washington serta Philadelphia.



Di Washington, kumpulan ‘Jewish Voice for Peace’ atau Suara Yahudi Untuk Keamanan, berkata kira-kira 90 penunjuk perasaan menyekat jejantas ke New York Avenue di bahagian barat laut ibu negara AS.

“Pada malam kelapan perayaan Hanukkah, kami berkumpul di lapan bandar dan lapan jambatan.

“Kami juga berkumpul di seluruh negara dalam jumlah yang besar dan semakin meningkat, tidak perlu berkata apa-apa lagi mengenai tindakan kami,” katanya di platform X.

Polis berkata, demonstrasi itu menutup persimpangan New York Avenue dan North Capitol Street dan menggesa orang ramai menggunakan laluan alternatif.



Demonstrasi juga berlaku di Boston, Atlanta, Chicago, Minneapolis, Seattle dan Portland, Oregon.

Di Philadelphia, kira-kira 200 penunjuk perasaan memegang papan tanda dan sepanduk yang tertera ‘Biar Gaza Hidup’ dan ‘Buka Atas nama Kami’, hingga menyebabkan Lebuh Raya I-76 tersekat dan lebih daripada 30 tangkapan dibuat.

Rabu lalu, aktivis anti-perang menyekat lalu lintas di lebuh raya Los Angeles yang sibuk pada waktu pagi.



Malah, beberapa kakitangan daripada pentadbiran Biden turut mengadakan protes menuntut gencatan senjata di Gaza.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Semenanjung Gaza, ketika Israel masih berkeras berikrar untuk memusnahkan pejuang Hamas.

Peperangan di Gaza juga membawa kepada protes pro-Palestin dan pro-Israel di AS sejak 7 Oktober apabila Hamas, kumpulan pejuang Palestin yang memerintah Gaza menyerang Israel.

Sejak itu, tentera Israel bertindak balas, menyebabkan hampir 19,000 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut pegawai Kementerian Kesihatan Palestin. BH



Protes Yahudi di Amerika tuntut gencatan senjata di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker