Hanya arwah ada aura itu- Aaron Aziz

Hanya arwah ada aura itu- Aaron Aziz

Pelakon Datuk Aaron Aziz, 47, menganggap pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim sebagai sebuah kehilangan besar dalam industri seni negara.

Mengenang kembali pengalaman sepanjang bekerja dengan arwah menerusi beberapa projek drama dan filem termasuklah KL Gengster, Aaron menyifatkan arwah sebagai seorang pelakon veteran yang sangat merendah diri di set penggambaran.



“Saya masih ingat kali bertama saya bertemu beliau belasan tahun yang dahulu, kami terlibat dalam satu penggambaran sebuah drama. Waktu itu saya masih seorang pelakon baru sementara arwah memang seorang veteran yang disegani.

“Arwah sangat baik. Walaupun dia seorang senior, dia tidak pernah kedekut memberikan tunjuk ajar dan tidak pernah menganggap saya sebagai seorang pendatang baru,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, Aaron berpendapat Allahyarham Ridzuan Hashim memiliki aura seorang Godfather atau lelaki maskulin yang sangat sesuai jika melakonkan watak-watak dalam filem samseng.

“Saya rasa karakter King yang dibawanya dalam filem KL Gengster adalah projek arwah yang paling berjaya. Dia memiliki aura seorang Godfather. Tak ramai yang mempunyai penampilan seperti arwah.



“Sedih melihat legasi KL Gengster pergi buat selamanya. Sebelum ini pun kita tahu arwah ada sakit. Semoga kesakitan yang dilalui semasa hayat akan menghapus segala dosanya,”tambah Aaron.

Terdahulu, pelakon Ridzuan Hashim disahkan meninggal dunia semasa bersarapan dengan anaknya di rumah. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor hari ini. Utusan

Hanya arwah ada aura itu- Aaron Aziz

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker