Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Lazat

Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Lazat

BUAT penggemar makanan seafood, ini resepi khas buat korang.

Sotong masak hitam pedas pasti akan membuatkan korang seisi keluarga puas menikmati hidangannya.



Resepi yang cukup mudah dan sangat ringkas, malah masa memasaknya juga tidak lama.

Bila sebut sahaja masak hitam, sudah pasti akan menggunakan dakwat sotong tersebut namun bagi yang tidak menggemarinya boleh abaikan sahaja.

Masak seperti biasa dan sudah pasti rasa enaknya tetap sama!

Bahan-bahan;



500gm sotong
Dakwat sotong (boleh ganti dengan sedikit kicap pekat)
5 sudu makan cili kisar
1 sudu makan perahan asam jawa
1 batang serai
1cm halia
1cm lengkuas
2 helai daun limau purut
1 sudu teh serbuk belacan
10 biji cili padi hijau
3-4 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji bawang besar dipotong bulat
Garam
Serbuk perasa
Serbuk kunyit

Cara membuatnya;

1. Masak air dalam kuali sehingga mendidih. Masukkan hirisan sotong dan masak seketika anggaran 2-3 minit, kemudian toskan.

2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.



3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

4. Kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan diikuti dengan perahan air asam jawa.

5. Seterusnya masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika.

6. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.



7. Angkat dan sotong masak hitam pedas siap untuk dihidang.

Resepi Nurul Ateekah

Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Lazat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker