Najib, anak kena bayar dulu cukai pendapatan RM1.7 bilion – Mahkamah Persekutuan

Najib, anak kena bayar dulu cukai pendapatan RM1.7 bilion – Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak rayuan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Nazifuddin Najib, untuk membatalkan penghakiman terus bagi menyelesaikan kira-kira RM1.7 bilion cukai pendapatan yang belum dibayar kepada kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim, Nallini Pathmanathan, berkata “prinsip bayar dahulu, berbincang kemudian” tetap berkuat kuasa dan sesiapa yang berhutang kepada LHDN, mesti menyelesaikan jumlah tertunggak sebelum merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.



“Mengutip cukai adalah fungsi berdaulat kerajaan,” katanya dalam keputusan sebulat suara panel lima hakim, seperti dilaporkan portal FMT.

Beliau dilaporkan berkata, Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan diwartakan Parlimen membolehkan pemulihan cukai secara tepat pada masanya dan bukan menangguhkannya.

Nallini berkata, bahawa Seksyen 106(3) adalah berperlembagaan kerana ia tidak melanggar Perkara 5, 8 dan 121 Perlembagaan Persekutuan.

Najib dan Nazifuddin mendakwa bahawa penghakiman terus yang diperoleh terhadap mereka menafikan hak mereka kepada perbicaraan yang adil, kesamarataan di bawah undang-undang, dan menjadikan badan kehakiman untuk mengesahkan keputusan tersebut.



Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus, bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Najib dan Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu, bagi mengetepikan penghakiman terus itu. BH

Najib, anak kena bayar dulu cukai pendapatan RM1.7 bilion – Mahkamah Persekutuan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker