Krisis Sabah: Bung tunggu PM campur tangan, ‘bola masih bergolek’

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat bersedia untuk campur tangan dalam kemelut politik Sabah apabila kembali ke Malaysia esok – walaupun ketua menteri, Hajiji Noor memperoleh majoriti dalam dewan undangan negeri (DUN).

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin yang merupakan salah seorang pesaing Hajiji enggan mengaku kalah walaupun mengakui ketua menteri itu mempunyai majoriti.

Sebaliknya, Bung berharap Anwar boleh menyebelahinya.



“Sudah tentu dia (Hajiji) ada 44 (adun), kerana dia ambil semua orang saya, dia rosakkan semua orang saya. Tetapi tidak mengapa.

“Bola masih bergolek. Kita tunggu perdana menteri pulang esok… Mereka akan jumpa kami dan Warisan. Kemudian, kita akan bercakap mengenainya,” katanya dipetik NST.

Anwar kini dalam lawatan selama dua hari ke Indonesia dan akan pulang ke tanah air petang esok.

Sebaik sahaja kembali ke Malaysia, dia dijangka bertemu Hajiji, Bung, dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi – yang mendakwa mempunyai “formula” untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.



Bagaimanapun tidak jelas sama ada Anwar akan bertemu kesemua mereka yang terlibat atau secara berasingan.

Episod politik di Sabah bermula pada Khamis lalu apabila Warisan, yang mempunyai 19 kerusi DUN, merancang mengadakan sidang akhbar yang kemudiannya dibatalkan, di tengah-tengah spekulasi terdapat usaha menjatuhkan Hajiji sebagai ketua menteri.

Pada Jumaat lalu, BN Sabah – yang memiliki 17 kerusi DUN- menarik balik sokongan daripada kerajaan negeri..

Ini selepas Hajiji memecat Salleh Said Keruak sebagai pengerusi Qhazanah Sabah dan berusaha melakukan rombakan dalam kabinet kerajaan negeri.



Bagaimanapun, lima Adun BN membantah keputusan Bung dan merupakan antara 44 Adun yang menyokong Hajiji untuk kekal sebagai ketua menteri.

Hajiji berkata dengan sokongan itu bermakna kerajaan negeri pimpinannya kekal utuh.

Bung, bagaimanapun, mendakwa sebaliknya.

“Tidak ada kerajaan. Kerajaan (sebelum ini) dibentuk bersama (antara Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional selepas pilihan raya negeri pada 2020).



“Bila kita (BN/Umno) tarik diri, maknanya tiada ketua menteri,” katanya.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi – termasuk enam jawatan dilantik yang boleh menentukan sokongan majoriti.

BN, GRS, dan Warisan merupakan parti dalam kerajaan persekutuan dan telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker