Murid tembak guru, polis tolak unsur ‘tidak sengaja’

 

POLIS menolak unsur ‘tidak sengaja’ dalam insiden kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai menembak gurunya di Virginia, Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Ketua Polis Newport News, Steve Drew, berkata pihaknya masih menyiasat lanjut kejadian yang berlaku di Sekolah Rendah Richneck, Newsport News.



“Polis masih tidak jelas bagaimana kanak-kanak itu mendapatkan pistol namun kejadian itu bukan ‘tembakan tidak sengaja’,” katanya dilapor BBC.

Dalam pada itu, mangsa yang merupakan guru di sekolah itu, Abby Zwerner berusia 30-an mengalami kecederaan serius.

“Zwerner dibawa ke hospital berhampiran dan kini dipantau rapi oleh doktor. Insiden itu berlaku di dalam kelas darjah satu (umur enam hingga tujuh) selepas pertengkaran berlaku antara guru dan anak murid,” katanya.
Beliau menambah bahawa Zwerner kekal dalam keadaan kritikal selepas kejadian.

Sementara itu, Drew memaklumkan tiada murid lain tercedera dalam insiden tembakan di sekolah rendah itu.



Sementara itu, pentadbir Sekolah Rendah Richneck yang memiliki 550 murid memaklumkan sesi persekolahan pada Isnin dibatalkan.

Undang-undang Virginia tidak membenarkan individu berusia enam tahun dibicarakan sebagai orang dewasa, dan terlalu muda untuk diletakkan di dalam tahanan Jabatan Keadilan Juvana jika disabit kesalahan.

Namun, hakim juvana memiliki kuasa untuk membatalkan hak penjagaan ibu bapa dan menempatkan kanak-kanak itu di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Sosial.

Newport News ialah sebuah bandar dengan penduduk sekitar 180,000 orang yang terletak kira-kira 70 batu (112km) ke selatan ibu negeri Richmond.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar



Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker