Perhimpunan Agung UMNO 2022: Tiada parti dijemput melainkan komponen BN

KUANTAN: Tiada sebarang jemputan dikeluarkan kepada parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN untuk menghadiri Perhimpuan Agung UMNO 2022 yang bermula Rabu ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perhimpunan kali ini juga tidak akan menjemput perwakilan asing kerana ingin menyelesaikan semua perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti dan BN.
“Setakat ini, itulah keputusannya melainkan jika ia berubah dalam sehari dua ini. Tidak menjemput bukan bermakna kita tidak berkawan tetapi kerana kita hendak menumpukan kepada isu dalaman parti, muhasabah dan sebagainya,” kata beliau.

Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Penerangan Isu Semasa Terkini Negara di sini hari ini yang berlangsung secara tertutup dan dihadiri 1,309 pimpinan UMNO Pahang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan perubahan jemputan boleh berlaku bergantung kepada keputusan pimpinan tertinggi parti.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau belum menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan diadakan dari 11 hingga 14 Jan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker