Khairuddin, Nik Abduh, Zuhdi dilantik semula ke pucuk pimpinan PAS

Khairuddin, Nik Abduh, Zuhdi dilantik semula ke pucuk pimpinan PAS

Jawatankuasa Kerja PAS yang dipengerusikan Presidennya Abdul Hadi Awang memutuskan untuk melantik semula beberapa pemimpin berprofil tinggi yang tewas pada pemilihan pucuk pimpinan PAS awal bulan ini.

PAS mengumumkan Mohd Zuhdi Marzuki, yang tidak berjaya mencabar penyandang naib presiden PAS Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar, akan dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS pusat.



Begitu juga Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Khairuddin Aman Razali, yang gagal mendapat tempat dalam pemilihan parti, juga akan dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat.

Ketiga-tiga pemimpin ini dikatakan memihak supaya PAS bekerjasama dengan Umno, satu pendirian yang didakwa bertentangan dengan pendirian Abdul Hadi. Presiden PAS itu mahu parti pimpinannya kekal bersama Bersatu di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

PAS bertanding bawah PN pada pilihan raya Melaka Sabtu lalu tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Umno sejak itu menyindir PAS, berkata parti berkenaan boleh memenangi sekurang-kurangnya tiga kerusi sekiranya ia bekerjasama dengan BN.



Khairuddin pula dikatakan tidak setuju dengan pendirian Hadi dan didakwa mengkritik presiden PAS itu dalam satu rakaman audio. Khairuddin kemudiannya digugurkan sebagai menteri.

Keputusan untuk melantik semula ketiga-tiga pemimpin ke dalam AJK PAS Pusat telah dibuat pada Ahad lalu.

Pelantikan baru itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada satu kenyataan.

Secara keseluruhan, sembilan orang dilantik sebagai AJK PAS pusat, termasuklah Awang Hashim, Misbahul Munir Masduki, Mohd Yusni Mat Piah, Mohd Mazri Yahya, Wan Rohimi Wan Daud dan Hakeem Johari.



Penyandang Pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek akan digantikan oleh Zulkifli Ismail.

Khairuddin, Nik Abduh, Zuhdi dilantik semula ke pucuk pimpinan PAS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen



PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker