Ronnie Liu bidas kepimpinan DAP, jangan hanya bergantung kepada undi Cina

 

KUALA LUMPUR: DAP diingatkan tidak terlalu bergantung dengan undi orang Cina semata-mata jika mahu mengekalkan kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat dalam pilihan raya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, untuk menang lebih banyak kerusi, parti itu seharusnya mampu meyakinkan kaum lain terutama Melayu dan India bahawa DAP mampu mewakili suara masyarakat tersebut.

“Saya mencadangkan supaya DAP tidak terlalu bergantung pada sokongan orang Cina sebaliknya mementingkan semua kaum di negara ini jika mahu menang kerusi lebih banyak pada pilihan raya.

“Kita menang empat kerusi pun kerana bergantung dengan pengundi Cina, kalau tidak, kita takkan menang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Melaka dengan majoriti dua pertiga selepas UMNO menang 18 kerusi diikuti MCA (2) dan MIC (1).

PH pula hanya menang lima kerusi iaitu DAP empat kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) (1) dan PKR tewas semua kerusi.

DAP menang empat kawasan iaitu Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kesidang dan Kota Laksamana walhal sebelum ini terdapat empat lagi kawasan yang pernah dinaungi parti itu iaitu Duyong, Gadek, Bemban dan Kelebang.

Mengulas lanjut, Ronnie Liu turut mengingatkan supaya PH yang tewas dalam pilihan raya tidak menuding jari kepada pihak lain serta mengakui kekhilafan sepanjang berkempen yang menyebabkan masih ramai pengundi terutama bukan Melayu didakwa enggan keluar mengundi.

“Pembangkang juga mesti menjelaskan kepada rakyat punca kekalahan sama ada disebabkan pandemik Covid-19, pengundi sendiri kecewa dengan ahli politik, prestasi PH yang kurang memberangsangkan selama 22 bulan mentadbir atau faktor ‘Mahathir’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker