India rasmi tiang bendera 127 meter, lebih tinggi daripada Pakistan

Tiang bendera itu didirikan Pos Pemeriksaan Bersama Attari-Wagah. – NDTV

Menteri Kesatuan Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya, Nitin Gadkari merasmikan tiang bendera tertinggi di India berhampiran Pos Pemeriksaan Bersama Attari-Wagah.

Akhbar Tribune India melaporkan, Pihak Berkuasa Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI) telah melaksanakan tugas memasang tiang bendera berketinggian 127 meter itu.

Tiang bendera India berketinggian 109 meter telah dibina pada Mac 2017.

Dalam ‘perang bendera’ yang jelas, Pakistan menaikkan tiang bendera berketinggian 121 meter pada Ogos tahun sama.



Tiang bendera baharu itu adalah 5.5 meter lebih tinggi berbanding tiang bendera Pakistan yang dinaikkan di kawasan Wagah.

Ahli Parlimen Amritsar, Gurjeet Aujla berkata, projek itu menelan kos sekitar 80 juta rupee (RM4.6 juta), manakala kain bendera itu diperbuat daripada campuran satin dan kapas supaya ia bertahan dalam cuaca buruk.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker