Wan Sharmila singgah di hati Shuib?
Wan Sharmila singgah di hati Shuib?
Keakraban pelakon Wan Sharmila dengan ibu kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Salamiah Jalani ketika majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya daripada orang ramai.
Rata-rata mendakwa Wan Sharmila atau lebih dikenali Lala bakal menjadi menantu baharunya dan seakan-seakan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibu Shuib itu.
Tampil menjelaskan segala kekeliruan yang berlaku, Salamiah berkata, kehadiran Lala pada majlis itu hanyalah memenuhi jemputannya sebagai tetamu.
“Soal jodoh Shuib biarlah dia yang tentukan. Saya enggan masuk campur sebab dia yang akan melalui kehidupan itu nanti. Namun, sebagai ibu saya sentiasa mendoakan agar dia bertemu wanita yang baik dan mampu menjaga seluruh keluarganya. Saya senang bersama Lala. Kami mudah mencipta keserasian dan orangnya sangat lemah-lembut,” katanya.
Menurut Salamiah, dia juga tiada masalah untuk mendekatkan hubungan Lala dengan Shuib, namun segala keputusan terletak kepada tuan empunya diri.
“Saya tahu Shuib melalui fasa yang sukar sepanjang setahun ini. Dia banyak menyendiri dan mencari kekuatan untuk melalui kehidupan. Sebagai ibu tentulah saya sedih jika melihat anak saya tidak gembira. Kami semua reda dan percaya arwah berada di tempat yang cukup indah di sana.
“Saya akui masih terlalu awal untuk berbicara soal pengganti, biarlah masa yang menentukan segalanya dan kita serahkan kepada takdir Ilahi. Biar dia yang pilih pilihan hatinya dan selepas itu bawa jumpa saya untuk kenal lebih mendalam,” katanya.
Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.
Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan keterangan gambar, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat. HM
Wan Sharmila singgah di hati Shuib?
Baca Artikel Menarik:
- Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor
- Serabut betul komen dia – Neelofa
- Mengapa Zionis bunuh cucuku
- Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]
- Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir
- Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais
- Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis
- Kecewa menantu tidak capai piawaian, mak mertua disekolahkan Ustazah
- Marcella Simon keluar Islam
- Suami dibenar minum susu badan isteri, tidak haram
- Fad Bocey turun pangkat?
- Semakin ramai individu bawah 22 tahun lakukan seks
- Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter