Letak Nurul Izzah sebagai penasihat Rafizi

Letak Nurul Izzah sebagai penasihat Rafizi

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memperbetulkan keadaan, selepas ramai pihak terus mempersoal dan mengkritik tindakan melantik anaknya, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata dalam situasi ini Anwar tidak perlu memohon maaf, sebaliknya mempertimbangkan semula keputusan itu supaya isu berkenaan tidak terus berlarutan.



“Ada peribahasa Melayu mengatakan ‘sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan’ (jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar), kalau tak nanti benda ini meleret-leret.

“Lawan politik akan terus menjadikan perkara ini isu dan apabila Parlimen dibuka Anwar akan menjadi defensif nanti.

“Boleh lantik orang lain untuk jawatan penasihat itu dan Nurul Izzah pula boleh berperanan di bawah kementerian lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau keadaan parit dan saliran yang sering mengakibatkan banjir kilat serta bangunan tambahan Surau Nurul Iman di Kampung Seri Bahagia, Plentong di sini hari ini.



Hassan menyifatkan isu berkenaan akan terus menjadi liabiliti kepada Anwar, jika tidak diperbetulkan malah akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri.

Beliau berkata, pelantikan anak sendiri di bawah Kementerian Kewangan diterajui Anwar adalah bercanggah dengan prinsip reformasi dan membanteras amalan nepotisme yang diperjuangkan beliau selama ini.

“Pembabitan Nurul Izzah dikhuatiri akan membabitkan campur tangan, sedangkan dalam Kementerian Kewangan sudah mempunyai pakar-pakar dan profesional sendiri yang menerima gaji.

“Walaupun tanpa gaji penasihat dalam soal kewangan ertinya nanti Jabatan Perbendaharaan Kementerian Kewangan akan tunduk kepada Nurul Izzah.



“Nurul Izzah boleh diberikan tempat dalam kerajaan seperti di bawah Kementerian Ekonomi bersama Rafizi Ramli,” katanya.

Menurutnya, jika mahukan pentadbiran yang telus dan bebas daripada kronisme atau nepotisme, Anwar tidak boleh melantik anak sendiri sebagai penasihat bagi mengelak wujudnya konflik berkepentingan.

“Saya menghormati Anwar dan sahabat saya Nurul Izzah, beliau seorang pemimpin yang pengalaman tiga penggal sebagai ahli Parlimen dan saya anggap dia sebagai ‘future leader’ (pemimpin masa depan) tetapi amat malang berada dalam kontroversi ini,” katanya.

Hassan berkata, jika dibiarkan akan wujud persepsi yang buruk terhadap Anwar mahupun kerajaan perpaduan.



Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mendedahkan bahawa beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu. BH

Letak Nurul Izzah sebagai penasihat Rafizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen



Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker