Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri

Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri

Cadangan supaya Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung semula bagi menjadikan Malaysia lebih hebat, disifatkan sebagai syok sendiri dan tidak perlu dilayan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata individu yang mencadangkan perkara itu juga disifatkannya sebagai buta sejarah.



“Ada cadangan Najib dan Muhyiddin bergabung. Kononnya Malaysia tambah hebat. Tanyalah Muhyiddin. Mahukah dia.

“Individu yang mencadangkan itu buta sejarah. Najib pernah sokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri Kelapan namun dia `tikam belakang’.

“Muhyiddin juga tolak sertai Kerajaan Perpaduan. Dia mahu tebuk atap, maka macam mana mahu wujud Malaysia lebih hebat,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, semalam.

Sabtu lalu, penyokong Najib atau dikenali sebagai ‘Bossku’ dilaporkan meletakkan harapan supaya bekas Perdana Menteri itu dan Muhyiddin membuka lembaran baharu, dan bergerak bersama demi negara serta rakyat.



Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz dilaporkan berpandangan, Malaysia akan lebih hebat jika dua bekas pemimpin nombor satu negara itu, bersatu ketika rakyat sedang berdepan masalah ekonomi dan kos sara hidup.

Beliau dilaporkan menyuarakan perkara itu selepas Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendoakan kesembuhan Najib yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat COVID-19, Jumaat lalu.

“Negara akan menjadi lebih hebat jika dua figura ini bergabung. Saya yakin harga bahan keperluan asas akan naik lebih tinggi apabila minyak diesel ditarik subsidi dan cukai perkhidmatan (SST) naik lapan peratus,” kata Syed Muhammad Imran.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, cadangan Syed Muhammad Imran yang mendakwa akan mengumpul 30,000 orang untuk menyokong Najib juga hanyalah syok sendiri.



“Dia dakwa akan kumpul 30,000 orang sokong Najib. 10,000 orang pun tak sampai. Kaki syok sendiri, tak payah layanlah,” katanya. BH

Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker