Final Piala Dunia Ragbi, Springboks jumpa All Blacks

Afrika Selatan akan menentang New Zealand pada final Piala Dunia Ragbi hujung minggu depan selepas penalti lewat Handre Polland memastikan kemenangan 16-15 ke atas England di Stade de France, awal pagi tadi.

Sejarah akan tercipta kerana siapa saja yang memenangi pertembungan dua pasukan hemisfera selatan itu Sabtu depan akan menjadi pasukan pertama yang menjulang Trofi Webb Ellis buat kali keempat.

Owen Farrell menyempurnakan empat penalti pada babak pertama dan satu drop-goal untuk membantu England mendahului 15-6.



Namun try yang dilakukan RG Snyman menghidupkan semula peluang Springboks dan Pollard menyempurnakan sepakan penalti kemenangan dari jarak 49 meter dengan berbaki tiga minit perlawanan.

Pollard, yang sekali lagi ternyata menjadi pemusnah impian England selepas menjaringkan 22 mata ketika kemenangan 32-12 pada final Piala Dunia 2019, masuk sebagai pemain gantian selepas hanya setengah jam perlawanan.

Ketua jurulatih Afrika Selatan, Jacques Nienaber membuat keputusan tepat dengan mengeluarkan Manie Libbok yang tidak efektif sebelum menggantikannya dengan Pollard. – AFP

 



Pemain Afrika Selatan, Vincent Koch, Deon Fourie dan rakan sepasukan meraikan kejayaan layak ke final Piala Dunia Ragbi selepas menewaskan England pada separuh akhir di Saint-Denis, awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Pemain Afrika Selatan, Vincent Koch, Deon Fourie dan rakan sepasukan meraikan kejayaan layak ke final Piala Dunia Ragbi selepas menewaskan England pada separuh akhir di Saint-Denis, awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker