Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman

Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman

MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan, beliau tidak teragak-agak untuk memfailkan saman malu dan fitnah berhubung isu azan yang diputar belit sesetengah pihak di media sosial.

Kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, pihaknya telah membuat laporan polis berkenaan fitnah tersebut.



“Siasatan sedang dijalankan dan misi mencari individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bahan fitnah turut dikesan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk saman malu dan fitnah yang terus disebarkan,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau memberi tempoh 24 jam untuk pihak terlibat membuat permohonan maaf terbuka dan menurunkan posting berkenaan.

Malah katanya, beliau turut meminta pihak yang melihat poster fitnah berkaitan isu azan agar dapat memaklumkannya.



“Mohon tag saya di poster-poster fitnah berkenaan.

“Kebebasan bersuara bukan kebebebasan untuk fitnah sesuka hati. Berpolitiklah dengan matang dan penuh sivil,” tambahnya.

Posting yang tersebar di media sosial itu mendakwa Fadhlina mengeluarkan kenyataan tidak sewajarnya dalam isu azan. Terdapat juga kenyataan yang menyatakan perwatakan beliau seperti beradab dan berakhlak Islam, namun berbeza di pentas politik.

Pada 12 Julai, media melaporkan Fadhlina menggesa parti pembangkang supaya berhenti membawa isu azan semasa pilihan raya negeri (PRN). Utv



Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah



Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker