Dapat tiga ‘kepala manusia’ selepas buat aduan

Dapat tiga ‘kepala manusia’ selepas buat aduan

Chicago: Seorang pekerja di organisasi pengurusan pendermaan mayat terkejut apabila menerima tiga kepala selepas membuat aduan mengenai keadaan tempat kerjanya yang kotor dan tidak selesa.

Portal Daily Express UK melaporkan, pekerja yang berpangkalan di Chicago, Dale Wheatley, membuat aduan kepada ketuanya mengenai isu tikus dan pepijat di kawasan tempat kerjanya.



Bagaimanapun, beberapa hari membuat aduan, dia menerima jawapan yang amat mengerikan apabila tiga kepala ditinggalkan di atas mejanya.

Wheatley berkata, dia menyuarakan kebimbangannya apabila menyedari ada mayat dimakan tikus ketika dalam simpanan menyebabkan ia tidak sesuai untuk dihantar ke sekolah perubatan, laporan memetik The Daily Express US.

“Ada mayat atau organ yang dihantar semula oleh sekolah perubatan kepada The Anatomical Gift Association of Illinois (AGA) kerana dalam keadaan sangat teruk.

“Mereka menghantar semula mayat yang sangat teruk, mula mereput selain mempunyai pepijat, keadaannya sangat menyedihkan.



“Ada kalanya ketika menarik mayat dari bilik penyimpanan, ada tikus sedang mengunyah bahagian bawah beg, di kaki (mayat),” katanya dalam satu sidang media.

Wheatley turut mempersoalkan mengapa ketuanya menghantar tiga kepala itu kepadanya, namun dia mendapat jawapan yang tidak memuaskan hati.

“Bos kata ‘saya tidak tahu Wheatley’ dan ada banyak perkara pelik berlaku,” katanya yang kemudian membuat laporan polis.

Dia juga menafikan dakwaan laman sesawang AGA yang menyatakan organisasi itu menyokong ‘standard responsif, hormat, privasi dan keselamatan tertinggi’ dalam melaksanakan tugas.



“Kadangkala kami terpaksa mengeluarkan otak daripada kepala, namun kebanyakannya tidak dijahit semula dengan betul.

“Saya amat berbangga dengan pekerjaan saya dan saya melayan penderma (jasad) ini dengan penuh hormat.

“Saya faham mereka menderma kepada sains untuk membantu ilmu perubatan,” katanya.

Menunggu selama bertahun-tahun untuk dikembalikan kepada keluarga, sisa-sisa mayat juga dibuang di sekitar organisasi, dedah Wheatley.



Dalam tempoh lima tahun Wheatley bekerja di organisasi itu, keadaan bertambah buruk menurut peguam.

Peguam itu berkata, Wheatley juga pernah menasihatkan seorang pengurus makmal universiti tempatan untuk menghubungi Naib Presiden Eksekutif AGA William O’Connor untuk memaklumkan kebimbangannya terhadap keadaan mayat.

Pengurus makmal itu turut menerangkan bagaimana lalat termasuk telur lalat menghurung mayat, anggota badan yang mengandungi pepijat selain mereput, selain pelajarnya sakit selepas terdedah kepada mayat diterima itu semasa pengajian mereka. HM

Dapat tiga ‘kepala manusia’ selepas buat aduan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker