Gantung operasi Crackhouse, DBKL dapat sokongan penuh Mufti P. Pinang

GEORGETOWN: Semakin banyak pihak menyokong keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggantung sementara operasi sebuah premis kelab komedi Crackhouse di Kuala Lumpur susulan kontroversi persembahan yang didakwa menghina agama Islam di premis itu.

Hari ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor turut menyatakan sokongan terhadap tindakan DBKL tersebut.

Wan Salim berkata, kelab tersebut perlu ditutup sama sekali supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.



“Kenyataan saya sebelum ini agak lembut terhadap kelab komedi berkenaan kerana saya fikir apa yang terjadi mungkin tidak disengajakan.

”Tetapi, setelah mengetahui kejadian ini berlaku berulang kali, maka, ini boleh difahami ia sengaja dirancang untuk menghina agama Islam.

“Jadi, saya menyokong DBKL bertindak keras ke atas kelab tersebut memandangkan kesalahan yang dilakukannya amat berat dan boleh menjejaskan kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

DBKL sebelum ini menggantung sementara operasi sebuah premis kelab komedi di Kuala Lumpur, susulan kontroversi persembahan yang dikatakan menghina agama Islam yang diadakan di premis itu.



Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, DBKL tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu-isu sebegitu dan siasatan lanjut serta tindakan terhadap lesen premis berkenaan telah dilakukan serta-merta.

Semalam, Wan Salim berkata, satu garis panduan dan  kawalan tertentu perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa supaya pemilik dan mereka yang berkunjung ke situ sentiasa memelihara batas-batas moral dan agama. –UTUSAN ONLINE

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker