Lelaki maut ditikam, 3 ditahan bantu siasatan

Lelaki maut ditikam, 3 ditahan bantu siasatan

Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun maut, dipercayai dibunuh di sebuah lokasi di Taman Silibin di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mengenai seorang lelaki yang dibawa oleh rakannya ke hospital itu, telah meninggal dunia akibat kecederaan kira-kira 4.15 pagi tadi.



“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak hospital mendapati punca kematian mangsa adalah daripada luka tikaman pada bahagian dada,” katanya menurut Bernama, dalam satu kenyataan malam ini.

Yahaya berkata pihaknya telah menahan tiga lelaki dan sedang mengesan seorang lelaki berusia 40 tahun yang beralamat di Jalan Calcutta, Buntong, Ipoh, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes ASP Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800 atau Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2542222,” katanya. FMT

Lelaki maut ditikam, 3 ditahan bantu siasatan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker