Kes Ebit Lew: Mahkamah tolak keterangan dua saksi secara tertutup

Permohonan pendakwaan bagi mengambil keterangan secara tertutup melibatkan dua saksi kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew ditolak Mahkamah Majistret Tenom hari ini.

Majistret Nur Asyrat Zolhani memaklumkan mahkamah berpendapat tiada sebab untuk mahkamah mendengar perbicaraan menerusi kamera seperti di bawah Seksyen 101 Akta Mahkamah Rendah 1948.

Melalui keputusan itu, mahkamah tidak membenarkan keterangan pegawai analisis forensik, Inspektor Yip Chang Ching diambil melalui kamera memandangkan kes itu melibatkan jenayah seksual dan bukti dijangka boleh bersifat bahan lucah.



Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dalam permohonannya meminta mahkamah memberi kebenaran dua saksi pendakwaan iaitu pengadu dan Chang Ching diambil keterangan menggunakan kamera.

Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021 dan didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan



Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker