Semua orang cari Sanusi

Semua orang cari Sanusi

oleh Fuad Rahman

Menteri Besar Sanusi Md Nor tiba-tiba popular. Bukan di Kedah sahaja, tetapi di enam-enam negeri PRN. Ke mana sahaja pengarah pilihan raya Perikatan Nasional ini buat ceramah, dikatakan beribu yang hadir. Ini wajar membimbangkan Pakatan Harapan.



Dikatakan ke mana sahaja Sanusi pergi, ramai anak muda bermotosikal menyambutnya. Dahulu dikatakan anak-anak muda ini diperlekeh kerana menyokong PN. Sekarang PH juga mencari anak-anak muda ini setelah melihat beribu yang hadir dalam konvoi PN.

PH Pulau Pinang juga bimbang dengan ‘Gelombang Hijau’ PN. PH Selangor juga tidak senang duduk. Menteri Besar Amirudin Shari bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Sanusi tetapi juga dengan Azmin Ali dan Noh Omar. Amir terpaksa menjawab sindiran-sindiran PN yang menyebut bahawa Amirudin mewarisi pembangunan sebelum ini.

Negeri Sembilan yang dahulu sepi politiknya pun sudah agak panas. Dahulu isu paling besar ialah Khairy Jamaluddin digugurkan dari kerusi Parlimen Rembau. Sekarang ia sudah turut riuh dengan PRN. Mohamad Hasan mungkin terpanggil untuk bertanding di Rantau bagi memperkuat Barisan Nasional-PH di negeri itu.

PH tak kisah sangat dengan Kelantan dan Terengganu. Mereka menggempur Kedah. Jika Kedah tidak boleh bertahan, pengaruh Sanusi juga lemah di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan. Sebab itu Sanusi kena kelihatan gagal di Kedah supaya negeri lain tidak mengidolakannya.



Cuma yang merisaukan para pendokong PH ialah isu vote transferability dalam kalangan pengundi Umno dan PH. Takut kalau penyokong Umno tidak akan memangkah calon PH dan begitu sebaliknya. Jika apa yang dilaungkan di pentas ceramah bahawa rakyat harus memilih calon parti kerajaan untuk menentukan kesinambungan pembangunan tidak diterjemahkan di kotak undi, PH akan melihat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

PN perlukan peratus keluar mengundi yang tinggi terutama di kawasan majoriti Melayu di Selangor dan Negeri Sembilan. Jika ini berlaku potensi untuk menang lebih cerah. Untuk bertaruh bahawa rakyat sudah ada kesedaran untuk berubah tidak cukup kuat untuk memenangkan PN. Rakyat bertanya apakah post-PRN akan menjanjikan masa depan yang baik.

Rasanya pengundi sudah tidak hairan dengan manifesto. Ia lebih kepada kosmetik pilihan raya. Ia cuma ‘melengkapkan SOP’ mungkin. Akhirnya apa yang dilaksanakan lain, yang dijanjikan lain. Jadi bahan jenaka.

Rakyat cuma meminta kerajaan yang faham dengan kehendak marhaen bukan setakat bermegah kerana mengalahkan lawan. Biarlah bermegah kerana dapat menunaikan janji kepada rakyat. FMT



Semua orang cari Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker