Kedutaan di Ukraine akan lindungi rakyat Malaysia

Terdapat 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan negara di Kiev, Ukraine, tetapi 12 daripadanya sudah pulang ke tanah air.

PETALING JAYA: Kedutaan Malaysia di Kiev akan memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di negara Eropah Timur itu, susulan serangan Rusia ke atas Ukraine.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, masih terdapat 11 warganegara Malaysia di Ukraine.

“Saya dimaklumkan terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, 12 orang telah pulang ke tanah air, manakala 11 orang masih di sana.

“Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam Twitter.



Ismail berkata, Malaysia berharap konflik antara Ukraine dan Rusia dapat diselesaikan secara damai.

Terdahulu, media hari ini melaporkan pasukan tentera darat Rusia memasuki Ukraine daripada pelbagai arah, beberapa jam selepas Presidennya, Vladimir Putin mengumumkan serangan besar-besaran.

Putin mengisytiharkan perang terhadap Ukraine tanpa menghiraukan desakan Barat dan negara lain supaya tidak berbuat demikian.

Beberapa jam selepas Rusia melancarkan serangan, AFP melaporkan Ukraine akhirnya “mengaku kalah”.



Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podoliak dilaporkan berkata: “Kita sudah kalah. Di beberapa tempat, tentera Rusia sudah berkuasa.”

Kedutaan di Ukraine akan lindungi rakyat Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker