Penduduk Pasir Gudang Dikejutkan Letupan Dan Kebakaran Kilang Petrokimia [VIDEO]

Penduduk Pasir Gudang Dikejutkan Letupan Dan Kebakaran Kilang Petrokimia [VIDEO]

PASIR GUDANG: Penduduk di sekitar Tanjung Langsat di sini dikejutkan dengan kejadian letupan dan kebakaran sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat di sini, petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Abdul Rahman Azezulkifle Sahimi, berkata pihaknya menerima laporan jam 5.16 petang.

Katanya, tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Larkin dan Johor Jaya segera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.



Katanya tindakan kawalan dan pemadaman sedang dilakukan sehingga kini.

Beliau berkata, punca kebakaran, anggaran kerugian serta jumlah mangsa yang terlibat masih dalam siasatan.

VIDEO DIBAWAH:-

Kejadian itu turut mendapat perhatian warga Singapura terutama yang tinggal di Pasir Ris dan Punggol, yang dapat melihat asap tebal dan api yang terhasil daripada letupan berkenaan dengan jelas.

Media di negara itu, termasuk CNA juga berkongsi gambar serta rakaman video kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata beliau dimaklumkan pasukan bomba, kejadian itu tidak melibatkan kematian namun dua pekerja kilang melecur di tangan.



Katanya, pasukan bomba juga memaklumkan keadaan adalah terkawal dengan pasukan bomba kini menjalankan kerja penyejukan tangki dan memadamkan kebakaran saluran paip.

“Saya menyeru supaya penduduk-penduduk di Pasir Gudang yang meliputi dua kawasan Parlimen yang bersebelahan iaitu Parlimen Tebrau dan Parlimen Pasir Gudang supaya tidak panik dan cemas.

“Ikuti perkembangan semasa tentang kebakaran kilang berkenaan dari sumber yang rasmi iaitu pihak bomba dan polis,” katanya.-AA

Penduduk Pasir Gudang Dikejutkan Letupan Dan Kebakaran Kilang Petrokimia [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker